dissolution | pembubaran | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Proses pemecahan sesebuah negara kepada negara-negara kecil. Proses ini berkait rapat dengan pelaksanaan hak berkerajaan sendiri oleh penduduk sesuatu kawasan yang diperintah oleh kuasa penjajah atau kuasa asing. Pembubaran boleh berlaku secara aman jika dibenarkan oleh perlembagaan dan dilaksanakan berpandukan perlembagaan. Contohnya, pembubaran Czechoslovakia yang membawa kepada pembentukan negara Republik Czech dan Slovakia. Namun, pembubaran juga boleh berlaku akibat kemusnahan sesebuah sistem yang mendukungi kewujudan sesebuah negara seperti kemusnahan sistem komunis di Kesatuan Soviet dan Yugoslavia. |