detached house | rumah sesebuah | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
detached house | rumah sesebuah | Sosiologi | Tiada | Rumah yang didirikan tersendiri atau tidak bersambung dengan rumah atau bangunan lain di atas suatu tapak. |
rabb dar | pemilik rumah | Perniagaan Islam | Tiada | Individu yang mempunyai kuasa pemilikan sempurna terhadap sesebuah rumah melalui hiyazah qanuniyyah, iaitu peruntukan undang-undang. |
cellar | bilik bawah tanah | Kesenian | Hiasan Dalaman | Ruang yang terletak di aras bawah tanah sesebuah rumah atau bangunan. Ruang ini dikelilingi oleh dinding asas, sesuai dijadikan sebagai stor barang dan tempat penyimpanan minuman keras kerana mempunyai suhu yang sekata sepanjang tahun. Di negara Barat, bilik ini digunakan sebagai tempat perlindungan semasa Perang Dunia Kedua dan ketika terjadinya taufan besar. Bilik bawah tanah lebih popular pada rumah lama berbanding dengan rumah masa kini. |
dweller | penghuni | Alam Bina | Tiada | Orang yang menghuni sesebuah rumah. |
wainscoting | panel hiasan | Kesenian | Tiada | Kayu yang menghiasi dinding bahagian bawah dalam sesebuah rumah. |
window garden | taman jendela | Landskap | Tiada | Gubahan tumbuhan hiasan yang ditanam dalam bekas dan dipasang di bahagian dalam atau luar tingkap di sesebuah rumah atau bangunan terutamanya di Eropah. |
window garden | taman jendela | Landskap | Tiada | Gubahan tumbuhan hiasan yang ditanam dalam bekas dan dipasang di bahagian dalam atau luar tingkap di sesebuah rumah atau bangunan terutamanya di Eropah. |
jetty | jeti | Kesenian | Seni Bina | 1. Struktur yang menjulur keluar dari dinding rumah atau bangunan dalam seni bina Zaman Pertengahan, seperti seni bina kolonial Amerika. Struktur ini biasanya terdapat di bahagian tingkat atas sesebuah rumah. Lihat juga menjeti. 2. Struktur kayu atau konkrit yang dibina di tebing sungai atau laut sebagai tempat sampan atau kapal berlabuh. |
pit | parit | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Ruang yang terdapat di tapak arkeologi, digunakan untuk menyimpan barang-barang purba, bahan buangan, tembikar dan bahan-bahan struktur bangunan. Terdapat sesetengah lubang digunakan untuk menyokong sesebuah rumah atau dikenali juga dengan nama lubang tiang. Ukuran kedalaman lubang berbeza mengikut tempat berdasarkan kepada fungsi, peranan dan kepentingannya. Contohnya, lubang tiang rumah di Pulau Kalumpang (Malaysia) bercirikan rumah atas air manakala di Khok Phanom (Thailand) bercirikan rumah panjang. Sinonim lubang. |