meranti kuning | meranti kuning | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu kumpulan Richetia dalam genus Shorea daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah damar hitam, dan di Sabah ialah seraya kuning. Spesies utamanya termasuk Shorea dolichocarpa, S. faguetians, S. gibbosa, S. hopeifolia, S. maxima, S. longisperma, dan S. multiflora. Gubal kayu meranti kuning berwarna lebih muda dan dapat dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat kehijauan. Tekstur kayunya agak kasar tetapi sekata dengan ira yang bersimpul dan beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 575 hingga 735 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah diproses, dikemas siap, dan dikeringkan, tetapi mempunyai ketahanan semula jadi yang rendah. Kayu meranti kuning sesuai untuk dibuat lantai, papan panel, perabot, dan terutamanya bagi pembuatn venir dan papan lapis. |
balau | balau | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu berat Shorea spp. daripada famili Dipterocarpaceae. Nama lain di Sabah dan Sarawak ialah selangan batu. Spesies utama balau ialah Shorea atrinervosa, S. fox worthyi, S. glauca, S. laevis, S. materialis, S. maxwelliana, S. submontana, dan S. sumatrana. Gubal kayu balau berwarna kuning atau coklat kelabu dan bertukar menjadi lebih gelap apabila terdedah. Tekstur kayunya yang halus dan sekata dengan ira yang berpintal. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 850 hingga 1155 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras berat. Kayu jenis ini tahan dan kuat, dan sukar dikerjakan. Kayu balau sesuai untuk struktur binaan seperti kayu landasan keretapi, dan juga untuk perabot kegunaan lasak. |
kelumpang | kelumpang | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Sterculia spp. daripada famili Sterculiaceae. Nama tempatannya di Sarawak ialah biris. Spesies utama kayu ini termasuk Sterculia cordata, S. kunstleri, S. macrophylla, dan S. parvifolia. Gubal kayu kelumpang dan teras kayunya sukar dibezakan dan biasanya berwarna kuning jerami atau coklat muda. Tekstur kayunya agak kasar dan tidak sekata, kerana mempunyai sel ruji yang besar dan lebar, dengan ira yang lurus dan agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 560 hingga 640 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan berat. Kayu kelumpang mudah dikerjakan tetapi kurang tahan dan mudah diserang kumbang bubuk dan anai-anai kayu kering. Kayu ini digunakan untuk kerja binaan sementara, kotak pembungkus, venir kor, papan lapis, dan kayu sampan. |
gapis | gapis | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi pokok dan kayu Saraca spp. daripada famili Leguminosea. Spesies utma kayu ini termasuk Saraca declinata, S. indica dan S. thaipingensis. Gubal kayu gapis berwarna putih kuning, dan amat berbeza daripada teras kayunya yang berwarna coklat kelabu tua dengan garis-garis yang lebih gelap. Tekstur kayunya agak kasar dan tidak sekata akibat kehadiran vesel yang besar dan parenkima alifrom. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 515 hingga 640 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan berat. Kayu gapis mudah dikerjakan dan cepat mengering, tetapi mudah diserang serangga perosak. Gubal kayunya mudah diawet tetapi keras kayunya amat sukar diawet. Kayu ini digunakan untuk kerja binaan ringan, kotak pembungkus, palet, dan barangan kecil. |
Bartholin�s gland | kelenjar Bartholin | Perubatan | Tiada | Kelenjar eksokrin yang kuning kemerah-merahan di kedua-dua belah bukaan faraj. Kelenjar ini membekalkan mukus yang dijangka berfungsi sebagai pelincir. Kelenjar ini mudah tersumbat, dan sekiranya berlaku boleh mengakibatkan pembentukan sista, infalamsi dan mungkin karsinoma. |
fool's gold | emas palsu/emas semu | Geologi | Tiada | 1. Sulfida ferum yang menghablur dalam sistem kiub, berwarna kuning dan merupakan mineral sulfida yang paling lazim dijumpai. Formula FeS2. |
fool's gold | emas palsu/emas semu | Kimia | Tiada | 1. Sulfida ferum yang menghablur dalam sistem kiub, berwarna kuning dan merupakan mineral sulfida yang paling lazim dijumpai. Formula FeS2.,2. Mineral yang kelihatan seperti emas, terutama pirit dan kalkopirit. |
sulphur | sulfur | Veterinar | Tiada | Simbol: S. Unsur bukan logam berwarna kuning yang diperlukan dalam organisma hidup. Unsur ini wujud dalam asid amino sistina dan metionina yang terdapat dalam protein, biotin, tiamina, hormon dan insulin. Bulu biri-biri kaya dengan sistina dan mengandungi 4% unsur ini. Unsur ini juga terkandung dalam pelbagai metabolit sel seperti koenzim A. Kekurangan unsur ini boleh menyebabkan pertumbuhan terencat kerana kekurangan asid amino bersulfur untuk sintesis protein. Sumber utama unsur ini diperoleh daripada asid amino bersulfur dan magnesium sulfat. |
dichlorodiethyl sulphide | diklorodietil sulfida | Kimia | Tiada | Sebatian organik, formula S(CH2CH2CI)2, takat beku 14oC, takat didih 228oC, wujud dalam bentuk cecair berminyak, berwarna kuning, berbau tengit, dan sangat toksik. Kesan toksik ini dapat didekontaminasikan dengan kloroamina dan serbuk peluntur. Sebatian ini diperoleh daripada tindak balas etena dengan sulfur klorida, S2CI2. Diklorodietil sulfida digunakan dalam sintesis kimia organik dan perubatan. Nama umunya ialah gas mustard. |
kembang semangkuk | kembang semangkuk | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Seaphium spp. daripada famili Sterculiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah kembang semangkuk bulat dan kembang semangkuk jantung, dan di Sabah ialah kembang semangkuk batu. Spesies utama kayu ini termasuk Scaphium macropodum, S. linearicarpum, dan S. longiflorum. Gubal kayu dan teras kayu kembang semangkuk berwarna hampir sama, iaitu kuning coklat atau coklat muda. Tekstur kayunya agak kasar dan tidak sekata, kerana mempunyai ruji dan lapisan parenkima yang lebar. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 515 hingga 755 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu kembang semangkuk ini menghasilkan pola ira yang menarik dan menjadikannya sesuai untuk hiasan dalaman, papan panel, papan lapis, dan venir hiasan. |