Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Sarjana Sains


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Master of ScienceSarjana SainsPendidikanTiadaTiada
polyarchypoliarkiSains PolitikPolitik PerbandinganBentuk demokrasi yang lebih realistik mengikut pandangan sarjana sains politik Robert Dahl. Menurut beliau, demokrasi yang sebenar merupakan satu bentuk politik yang ideal dengan penglibatan yang tinggi, keadilan dan kebebasan yang terbaik dan peranan pembangkang yang sempurna. Kajian ini dibukukan oleh Robert Dahl dalam tulisannya yang bertajuk Polyarchy: Participation and Opposition. Dalam alam nyata ini, keadaan sempurna tidak wujud sebaliknya yang wujud hanyalah kadar penglibatan yang sederhana, kadar keluar mengundi yang tidak mencapai l00 peratus dan kebebasan yang terhad. Dalam sistem ini, golongan pendesak memainkan peranan mempengaruhi dan menafikan pengawalan kerajaan dan golongan elit.
analytical toolalat analisisSains PolitikPolitik PerbandinganTeori, konsep atau model yang kerap digunakan oleh ahli sains sosial, khususnya ahli antropologi, sosiologi, psikologi dan juga sains politik bagi memandu mereka memahami, meneliti dan menghurai sesuatu fenomena sosial yang wujud secara ilmiah. Melalui penggunaan alat ini, mereka akan melakukan generalisasi terhadap sesuatu fenomena sosial yang diteliti. Contohnya, konsep demokrasi permuafakatan digunakan oleh sarjana sains politik dalam meneliti fenomena politik gabungan yang wujud dalam masyarakat majmuk.
Bachelor of ScienceSarjana Muda SainsPendidikanTiadaTiada
Bachelor of Engineering ScienceSarjana Muda Sains KejuruteraanPendidikanTiadaTiada
Bachelor of Agricultural ScienceSarjana Muda Sains PertanianPendidikanTiadaTiada
Bachelor of Agricultural ScienceSarjana Muda Sains PertanianUndang-undangTiadaTiada
Bachelor of Science with HonoursSarjana Muda Sains dengan KepujianPendidikanTiadaTiada
orientalismorientalismeSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang menghuraikan bagaimana sarjana barat atau orientalis mengkaji bahan sejarah, sastera dan seni orang timur lalu membuat tanggapan bahawa orang timur sebagai orang asing yang berbeza dengan masyarakat barat. Masyarakat timur digambarkan sebagai mundur, kolot, lemah dan pelbagai gambaran yang negatif sehingga memberi justifikasi kepada barat untuk menakluk, memerintah dan menguasai masyarakat ini. Penaklukan budaya dan mentaliti penduduk timur telah melahirkan pemikiran yang mengagungkan masyarakat barat sehingga menjadikan golongan eIit timur berfikir seperti orientaIis dan memandang serong kepada budaya dan dunia timur tanpa menyedari mereka sebenarnya terperangkap dengan pemikiran ini. Orientalisme masih berkembang sehingga kini dan menjadi satu aliran pemikiran yang sangat popular dalam wacana akademik di kebanyakan universiti. Sinonim faham ketimuran/faham orientalis.
utilitarianismutilitarianismeSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang mengutamakan faedah atau utiliti. Pendukung fahaman ini akan cuba memaksimumkan keuntungan atau keseronokan serta meminimumkan kerugian atau kos dalam setiap tindakan dan dasar. Setiap dasar atau tindakan dilakukan secara berhemah supaya matlamat ini tercapai. Keutamaan dalam pemikiran ini ialah kepentingan tercapai dengan kos yang minimum. Antara sarjana yang mendukung fahaman ini ialah Jeremy Bentham, John Stuart Mill dan Thomas Hobbes.
12

Kembali ke atas