universal motor | motor universal/motor semesta | Sosiologi | Tiada | , seperti pada pengering rambut. |
universal chuck | cuk universal/cuk semesta | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Alat pemegang benda kerja yang mempunyai tiga atau empat rahang yang boleh bergerak serentak apabila salah satu nat pengunci diputarkan. Alat ini biasanya digunakan pada mesin larik untuk memegang dan memusatkan benda kerja sebelum kerja melarik dilakukan. Alat ini juga terdapat pada mesin kisar dan mesin gerudi. |
universal joint | sambungan universal/sambungan semesta | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Alat penyambung yang menyambungkan hujung dengan hujung dua batang aci supaya satu bahagian dapat memutar aci yang satu lagi sama ada paksi kedua-dua aci tersebut segaris atau bersudut. Alat ini digunakan untuk membolehkan kuasa dihantar dari enjin ke gandar walaupun kedudukan kedua-duanya tidak sejajar. |
universal vice | vais universal/vais semesta | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Alat pemegang yang dipasang pada meja kerja dalam bengkel yang digunakan untuk memegang bahan kerja. Pemegang ini boleh memegang benda kerja dalam keadaan pelbagai sudut bagi memudahkan kerja pemotongan dan pembentukan. |
universal set | set semesta | Matematik | Tiada | Simbol E atau Ω. Set yang mengandungi semua unsur yang bahan segala perbincangan dalam sesuatu kajian. Contoh: Bagi pelajar di peringkat tadika, set semesta untuk aritmetik biasanya ialah set nombor bulat; bagi pelajar sekolah rendah, set semesta semasa mempelajari pecahan ialah set semua nombor nisbah yang tak negatif; bagi pelajar sekolah menengah semasa mempelajari pecahan ialah set semua nombor nisbah. |
universal motor | motor universal | Teknik | Elektrik | Lihat motor semesta. |
universal indicator | penunjuk semesta | Kimia | Tiada | Campuran bahan pewarna penunjuk yang menghasilkan perubahan warna yang beransur-ansur dalam julat pH yang besar. Penunjuk semesta lazimnya mengandungi metil jingga, metil merah, bromotimol biru dan fenolftalein yang masing-masing bertukar kepada warna jingga, kuning, hijau, biru dan ungu antara nilai pH 3 – 10. Penunjuk ini terdapat dalam bentuk cecair atau kertas uji. |
universal motor | motor semesta | Teknik | Elektrik | Motor yang boleh dikendalikan sama ada dengan bekalan arus terus atau bekalan arus ulang-alik satu fasa. Ciri motor ini sama dengan motor siri, tetapi ukurannya lebih kecil kerana motor ini tidak sesuai untuk kadar watt yang besar. motor ini banyak digunakan dalam perkakas elektrik di rumah, seperti kipas pengering rambut, pembancuh, dan pengisar. Sinonim motor universal. |
universal time | masa semesta | Fizik | Tiada | Tiada |
universal gravitation | kegravitian semesta | Fizik | Tiada | Tiada |