damped motion | gerakan terlembap | Matematik | Tiada | Gerakan yang amplitudnya senantiasa terturun. |
allomotif | alomotif | Kesusasteraan | Tiada | Perubahan perkataan di dalam sesebuah karya yang tidak merubah maknanya. Contoh: senantiasa dengan sentiasa. |
epenthesis | epentesis; penyelitan;; selitan (bunyi) | Kesusasteraan | Tiada | Epentesis: Penyisipan bunyi atau beberapa huruf dalam sesebuah kata akibat dari interaksi artikulasi dengan tujuan untuk mengindahkan pengucapan. Contoh: sentiasa menjadi senantiasa, gantung menjadi gumantung, bulan menjadi rangbulan/rembulan. |
bureaucratic secrecy | kerahsiaan birokrasi | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Perkara penting dalam organisasi yang sengaja disembunyikan daripada pengetahuan umum. Perkara yang menjadi kerahsiaan birokrasi termasuklah dokumen, maklumat, data dan bahan rasmi yang berbahaya untuk didedahkan tanpa kebenaran kerana boleh mengancam keselamatan organisasi serta menyebabkan kerosakan besar kepada kepentingan awam dan negara. Kerahsiaan birokrasi penting bagi mengelakkan kebocoran maklumat dan dokumen kepada pihak luar khususnya pihak musuh yang senantiasa mencari kelemahan sesebuah organisasi mahupun negara demi untuk kepentingan mereka. Perkara yang menjadi kerahsiaan birokrasi akan dilabelkan sebagai ‘Rahsia Besar’, ‘Rahsia’, ‘Sulit’ atau ‘Terhad’. |