Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Sha


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sha'irsyairKesusasteraanTiadaTiada
rotational chair sinusoidal harmonic accelaration (SHA) testujian pecutan harmoni sinusoid kerusi berputarSains KesihatanTiadaUjian yang dilakukan untuk menilai fungsi sistem vestibulo-okular dengan menggunakan kerusi berputar bagi merangsang kanal semi bulat mendatar.
al-mu‘allaqahal-mu‘allaqahKesusasteraanTiada

Puisi bertintakan emas yang digantung di dinding Kaabah pada zaman Jahiliah. Tujuh orang penyair al-mu‘allaqah yang terkenal ialah Imru’ al-Qays, Zuhayr ibn Abi Sulma, al-Nabighah al-Dhubyani, al-A‘sha, Lubayd ibn Abi Rabi‘ah, ‘Amr ibn Kulthum dan Tarafah ibn al-‘Abd. Sesetengah pengkaji menyatakan bahawa jumlah penyair al-mu‘allaqah ialah 10 orang, ditambah tiga orang penyair, iaitu al-‘Absi, `Ubayy al-Abras, dan al-Harith ibn al-Hilizzah. Al-mu‘allaqah dikenali juga sebagai al-mudhahhabat.

secure socket layer (SSL)lapisan soket selamat (SSL)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerProtokol keselamatan yang mem- benarkan komunikasi antara pelayan dengan aplikasi pelanggan seperti pelayar web. SSL bertindak sebagai antara muka antara aplikasi dengan protokol TCP/IP bagi menyediakan penyahihan pelayan dan pelanggan serta saluran komunikasi yang disulitkan antara pelayan dan pelanggan. Pelanggan dan pelayan bersetuju untuk menggunakan sekumpulan penyulitan untuk sesi penyulitan dan pencincangan. Contohnya, algoritma penyulitan yang digunakan ialah DES, SHA-J atau RC4 dengan kekunci 128 bit dan MD5. Sinonim keselamatan lapisan pengangkutan (TLS).
fingerprintingpengecapan jariTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah mengenal pasti sesuatu objek, sama ada fail, hos atau sistem berpandukan ciri unik objek tersebut. Oleh sebab cap jari setiap objek dalam kelas yang sama adalah berbeza, maka teknik ini sesuai digunakan mengesan perubahan terhadap sesuatu objek. Cap jari sesuatu objek boleh dihasilkan dengan menggunakan fungsi cincang MD5 atau SHA-1. Contohnya, aplikasi pengecapan jari seperti Nmap boleh mengenal pasti jenis sistem pengendalian sesuatu sistem melalui maklumat yang diperoleh daripada pengepala paket yang dihasilkan oleh sistem tersebut.

Kembali ke atas