Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Slovakia


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dissolutionpembubaranUndang-undangUndang-undang AntarabangsaProses pemecahan sesebuah negara kepada negara-negara kecil. Proses ini berkait rapat dengan pelaksanaan hak berkerajaan sendiri oleh penduduk sesuatu kawasan yang diperintah oleh kuasa penjajah atau kuasa asing. Pembubaran boleh berlaku secara aman jika dibenarkan oleh perlembagaan dan dilaksanakan berpandukan perlembagaan. Contohnya, pembubaran Czechoslovakia yang membawa kepada pembentukan negara Republik Czech dan Slovakia. Namun, pembubaran juga boleh berlaku akibat kemusnahan sesebuah sistem yang mendukungi kewujudan sesebuah negara seperti kemusnahan sistem komunis di Kesatuan Soviet dan Yugoslavia.
axis powerkuasa paksiSains PolitikHubungan AntarabangsaGelaran yang diberikan kepada pasukan berikat pimpinan pihak Nazi Jerman yang bersekutu dengan Itali. Pakatan kuasa ini ditubuhkan pada tahun 1936. Kedua-dua kuasa ini menentang fahaman komunis serta peralihan politik Sepanyol yang menjadi negara republik. Dasar ini dimeterai dalam perjanjian pertahanan bersama yang ditandatangani pada tahun 1939. Jepun menyertai paksi ini pada tahun 1940. Tiga kuasa utama pasukan berikat ini dikenali juga sebagai Paksi Rom-Berlin-Tokyo. Selain tiga kuasa utama ini, pakatan kuasa ini turut disertai oleh Hungary, Romania Slovakia dan Bulgaria.

Kembali ke atas