trusteeship council | majlis pemegang amanah | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Sistem pemegang amanah PBB yang telah menggantikan Sistem Mandat Liga Bangsa (LBB). Di bawah sistem ini, PBB melalui majlis pemegang amanah melantik negara tertentu untuk mentadbir wilayah yang penduduknya dianggap masih tidak berupaya memerintah sendiri. Wilayah yang ditadbir melalui sistem ini ialah negara bekas jajahan kuasa yang kalah dalam Perang Dunia Kedua. Antara negara bekas jajahan tersebut ialah Rwanda, Burundi, Tanzania, Togoland, Cameroon, Naurau dan Somalia. Pada 1 November 1994, majlis ini menangguhkan operasinya selepas Palau, iaitu wilayah terakhir yang ditadbir oleh sistem ini mencapai kemerdekaan pada 1 Oktober 1994. |
australopithecus | australopithecus | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Australopithecus bermaksud kera dari selatan. Nama ini diberikan oleh Raymond Dart pada tahun 1924 pada tengkorak yang ditemui di Taung, Afrika Selatan kerana tengkorak tersebut mempunyai ciri kera yang hampir dengan ciri manusia. Australopithecus mempunyai saiz otak yang lebih besar daripada saiz otak cimpanzi walaupun saiz tempurung otaknya sama dengan saiz tempurung cimpanzi. Gigi taring dan gerahamnya hampir sama dengan ciri milik manusia kerana cara mengunyah dari kiri ke kanan dan bukan dari depan ke belakang seperti kera, dan mempunyai susunan gigi yang mendatar seperti gigi manusia. Berdasarkan penemuan di Olduvai, Tanzania, dipercayai Australopithecus telah menghasilkan artifak pebel. Terdapat pelbagai spesies Australopithecus, iaitu A, boisei, A.africanus dan A. robustus. Penemuan tertua di Omo Valley, Ethiopia berusia sekitar tiga juta tahun. |