roadmap of green technology | hala tuju teknologi hijau | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Pelan strategik pengembangan dan penggunaan produk, peralatan dan sistem. Hala tuju teknologi hijau adalah untuk memelihara persekitaran dan sumber semula jadi serta mampu mengurangkan kesan negatif akibat aktiviti manusia dan fenomena alam. |
enhanced national economic | ekonomi nasional dipertingkat | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Peningkatan sistem ekonomi dan julat aktiviti ekonomi dalam sesebuah negara atau daerah tertentu hasil penggunaan teknologi hijau. Contohnya, penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui. |
photobioreactor | fotobioreaktor | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Radas yang digunakan untuk pembiakan mikroorganisma fototropik dengan menggunakan cahaya dan bekalan karbon dioksida serta nutrien yang terkawal. Contoh penggunaan fotobioreaktor adalah dalam pembiakan alga. |
photosynthesis | fotosintesis | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Proses biokimia yang berlaku pada tumbuh-tumbuhan dan organisma lain yang mengandungi klorofil untuk mensintesis sebatian organik daripada karbon dioksida, air dan cahaya. |
compostable | kebolehkompos | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Kemampuan sesuatu bahan untuk terurai secara semula jadi kepada bahan yang lebih ringkas dan boleh diserap oleh alam sekitar. Hasil penguraian (kompos) boleh digunakan sebagai baja. |
dematerialization | penyahbahanan | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Proses mengurangkan sesuatu bahan dalam produk perindustrian dan menggunakan produk cekap tenaga. |
adsorbent | penjerap | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Bahan yang mempunyai keupayaan untuk menyerap bahan lain. Penjerap boleh didapati dalam bentuk semula jadi atau sintetik. |
agroecology | agroekologi | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Kajian saintifik tentang hubungan antara organisma hidup dengan persekitaran, khususnya di kawasan pertanian. |
ecolabel | ekolabel | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Pelabelan produk atau perkhidmatan yang mesra alam. Contohnya, label bintang tenaga digunakan untuk produk elektronik dan automobil. |
ecopackaging | ekopembungkusan | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Pembungkusan mampan yang mesra alam untuk membantu mengurangkan kerosakan alam sekitar dan gangguan ekologi. |