chalaza | kalaza | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. Satu daripada dua jalur untaian yang menghubungkan kuning telur dengan membran telur burung. 2. Dasar nuselus ovul yang menjadi tempat munculnya integumen. |
poultry product | produk poltri | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Produk makanan yang berasaskan daging dan telur daripada kumpulan ayam itik yang diternak. Poltri termasuk ayam, itik, angsa, ayam belanda, burung merpati, burung unta dan burung puyuh. |
social parasitism | parasitisme sosial | Biologi | Ekologi | Parasitisme sesuatu spesies terhadap spesies lain. Misalnya, burung mati anak, Cacomantis merulinus tidak membuat sarangnya sendiri, sebaliknya meletakkan telurnya di dalam sarang burung lain, dan apabila telur tersebut menetas, anak burung itu akan dijaga oleh induk angkatnya. |
yolk | yolka | Veterinar | Tiada | Makanan yang tersimpan di dalam telur untuk kegunaan embrio. Bagi telur yang tersenyawa, embrio terletak di permukaan yolka. Bahan ini merupakan 30% daripada keseluruhan berat telur yang mengandungi 48% air, 17.5% protein, 32.5% lemak dan 2% abu. Telur haiwan oviparus seperti burung mengandungi yolka yang lebih besar berbanding haiwan lain. |
bird�s nest fungus | kulat sarang burung | Biologi | Mikologi | Nama am bagi kulat dalam order Nidulariales (Basidiomycetes), yang jasad buahnya berbentuk sarang burung dan peridiolnya yang menyerupai telur terdapat di dalam jasad buah. |
egg | telur | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1 lih. ovum. 2 Jasad pembiakan haiwan tertentu yang mengandungi ovum tersenyawa, tisu pemakanan dan tisu pelindung, yang membentuk anak haiwan itu. Contohnya pada reptilia, burung dan serangga. |
blastodisc | blastodisk | Perubatan | Tiada | Lapisan superfisial berbentuk cakera yang terbentuk secara pembelahan dan membentuk embrio dalam telur beryolka yang besar seperti pada burung dan reptilia. |
allantois | alantois | Veterinar | Praklinikal | Salah satu membran ekstraembrio yang dihasilkan oleh embrio reptilia; burung dan mamalia. Alantois menyimpan hasil buangan metabolisme seperti asid urik yang dihasilkan oleh ginjal embrio dan terlibat dalam pertukaran gas. Vesel darah alantois berkembang menjadi vesel korda umbilikus. Alantois dapat dilihat sebagai beg pepejal kristal asid urik pada telur yang telah menetas. Pada mamalia; alantois bergabung dengan korion untuk membentuk plasenta. |
ibarat | ibarat | Kesusasteraan | Puisi | Suatu bentuk puisi tradisional yang digunakan untuk mengumpamakan atau membandingkan sesuatu kenyataan dengan sesuatu kenyataan yang lain, seperti alam. Pada kebiasaannya penggunaan bentuk ini dimulakan dengan perkataan umpama, ibarat, laksana, bagai, seperti dan sebagainya. Contohnya, perumpamaan di bawah. Laksana telur sesangkar pecah sebiji pecah semua. lbarat burung, mata terlepas badan terkurung. |