bead | manik; kumai cembung | Kesenian | Tiada | 1. Kumai berbentuk separuh bulat, cembung dan nipis, biasanya berukuran setengah hingga tiga perempat bulatan. |
astragal | kumai cembung | Kesenian | Tiada | Kumai cembung: Kumai yang berbentuk separuh bulat cembung dan kecil, biasanya berukuran setengah hingga tiga perempat bulatan. |
coupon bond | bon kupon | Ekonomi | Ekonomi Islam | Bon yang menghasilkan pulangan tetap dalam bentuk bayaran kupon kepada pemegang bon. Bayaran kupon akan dibayar mengikut tempoh yang dipersetujui seperti suku tahunan (tiga bulan), setengah tahunan (enam bulan) atau tahunan (12 bulan). Pengeluar akan membayar kupon pada setiap akhir tempoh tersebut kepada pemegang bon. Pemberian kupon ini merupakan pulangan atau perolehan kepada pembeli bon. Bon jenis ini tidak diterima oleh syarak kerana mempunyai unsur riba. |
neopolitan ice cream | ais krim neopolitan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Ais krim yang mempunyai tiga atau empat perasa seperti vanila, coklat dan strawberi dan dibiarkan setengah beku untuk dibentuk. |
uranium | uranium | Kimia | Tiada | Unsur logam radioaktif dalam siri aktinid dan ahli kumpulan IIIB (atau 3) jadual berkala, simbol U, nombor atom 92, berat atom 238.029, nombor pengoksidaan +3, +4, +5 dan +6, takat lebur 1132°C, takat didih 3818°C, berbentuk pepejal berat, berwarna putih, mulur, tertempakan, sangat elektropositif, pengalir elektrik yang lemah, dan terdapat tiga isotop radioaktif, iaitu U-234, U-235 dan U-238; U-235 mempunyai setengah hayat 7.1 x 108 tahun dan isotop U-238 mempunyai setengah hayat 4.5 x 109 tahun. Uranium diekstrak daripada bijih pitch-blend, uraninit, dan karbotit. Unsur ini digunakan sebagai sumber isotop U-235, sumber plutonium, senjata nuklear dan dalam penjanaan kuasa elektrik. |