anubias | anubias | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan timbul yang tumbuh di celah-celah batu dan tunggul kayu di kawasan air terjun. Anubias yang berasal dari Amerika Selatan ini sering digunakan untuk menghias akuarium. Jenis-jenis anubias termasuklah Anubias afzelii, Anubias barteri var. angustifolia dan Anubias barteri var. barteri. |
microsere | mikrosere | Biologi | Ekologi | Satu siri peringkat sesaran ekologi yang berlaku dalam satu mikrohabitat, seperti pada tunggul kayu. |
aquascape | akuaskap | Pertanian | Agroteknologi | Seni menghias akuarium dengan menggunakan tumbuhan akuatik atau tumbuhan akuarium, susunan batu besar, batu kerikil, tunggul kayu, tanah dan pasir secara estetik di dalam akuarium. Aktiviti ini seolah-olah berkebun di dalam air. |
sloven | cerancang | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Bahagian kayu pecah atau kumpulan selumbar yang tertinggal pada tunggul kayu, atau pada bahagian bawah pangkal balak selepas penebangan |
stump | tunggul | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Bahagian bawah batang pokok, termasuk bahagian akarnya yang masih tertinggal selepas proses penebangan. Tinggi tunggul adalah berbeza-beza mengikut keadaan akar jenis kayu berkenaan. Misalnya, kayu berbanir mempunyai tunggul yang lebih tinggi daripada kayu tidak berbanir. |
stump wood | kayu tunggal | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Bahagian bawah batang pokok, termasuk bahagian akarnya yang masih tertinggal selepas proses penebangan. Tinggi tunggal berbeza-beza mengikut keadaan akar jenis kayu berkenaan. Misalnya, kayu berbanir mempunyai tunggul yang lebih tinggi daripada kayu yang tidak berbanir. |
merchantable height, merchantable length. | ketinggian boleh niaga | Perhutanan | Tiada | Jarak menegak di antara titip pada ketinggian tunggul dan titip paling atas yang membolehkan kayu berkenaan diperdagangkan. |
merchantable height, merchantable length. | ketinggian boleh niaga | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Jarak menegak di antara titip pada ketinggian tunggul dan titip paling atas yang membolehkan kayu berkenaan diperdagangkan. |
root sucker | sulur akar | Pertanian | Agronomi | Pucuk yang tumbuh daripada dasar batang atau akar. Sulur juga keluar daripada tunggul batang yang telah dipotong. Sulur akar yang terlalu banyak perlu dibuang kerana mengambil nutrien dari pokok utama. Contohnya, sulur akar yang keluar dari pokok pisang perlu dibuang untuk mendapat pokok yang sihat. Selain itu, sulur akar juga digunakan untuk pembiakan anak seperti sukun, kayu manis dan bunga ati-ati. |