folk epic | epik rakyat | Kesusasteraan | Puisi | Puisi dalam bentuk cerita yang panjang, sehingga menghasilkan sebuah buku dan digolongkan sebagai tradisi lisan atau disampaikan secara lisan, terutamanya syair. Contohnya, "Syair Abdul Muluk", "Syair Dandan Setia" dan "Selendang Delima". |
chair | kursi | Pendidikan | Tiada | Jawatan dalam pengajaran dan penyelidikan yang cemerlang di sesebuah universiti atau di institusi pengajian yang lain. Contohnya Kursi ZaÆba di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Kursi Tun Abdul Razak di Universiti Ohio, Athens. |
dinar | dinar/wang emas | Perniagaan Islam | Tiada | Wang yang diperbuat daripada logam emas dan mempunyai timbangan piawai 4.25 gm atau 1 mithqal emas 22 karat. Ukuran ini ditetapkan oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan pada zaman Bani Umaiyyah. |
antonomasia | antonomasia | Kesusasteraan | Puisi | Gaya unsur yang menggunakan gelaran rasmi atau dikenal umum sebagai pengganti nama diri. Contohnya, Bendahara Seri Maharaja merujuk kepada Tun Mutahir,dan Bapa Kemerdekaan merujuk kepada Tunku Abdul Rahman Putra. |
dirham | dirham/wang perak | Perniagaan Islam | Tiada | Wang yang diperbuat daripada logam perak dan mempunyai timbangan piawai 2.97 gm atau 7/10 mithqal dinar, iaitu 7/10 x 4.25 = 2.97. Ukuran ini ditetapkan oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan pada zaman Bani Umaiyyah. |
electronic library | perpustakaan elektronik | Teknologi Maklumat | Tiada | Perkhidmatan perpustakaan yang diuruskan secara elektronik iaitu perkhidmatan pinjaman/pemulangan, pencarian maklumat, rujukan dan bimbingan pengguna, katalog awam dalam talian, dan sistem pembekalan penerbitan elektronik. Contohnya perpustakaan Tun Seri Lanang UKM (melalui sistem GEMILANG), perpustakaan Sultan Abdul Aziz Shah UPM (melalui sistem ….), perpustakaan Sultanah Zanariah UTM (melalui sistem ORBIT) dan perpustakaan DBP. Banding perpustakaan digital dan perpustakaan maya. |
electronic library | perpustakaan elektronik | Teknologi Maklumat | Tiada | Perkhidmatan perpustakaan yang diuruskan secara elektronik iaitu perkhidmatan pinjaman/pemulangan, pencarian maklumat, rujukan dan bimbingan pengguna, katalog awam dalam talian, dan sistem pembekalan penerbitan elektronik. Contohnya perpustakaan Tun Seri Lanang UKM (melalui sistem GEMILANG), perpustakaan Sultan Abdul Aziz Shah UPM (melalui sistem ….), perpustakaan Sultanah Zanariah UTM (melalui sistem ORBIT) dan perpustakaan DBP. Banding perpustakaan digital dan perpustakaan maya. |
multifoil arch | gerbang multifoil | Kesenian | Seni Bina | Gerbang yang dibina berdasarkan gaya seni bina Moorish Andalusia. Reka bentuk gerbang multifoil telah dipengaruhi oleh seni bina Islam. Istilah �foil� ini berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud "daun." Contoh gaya seni bina ini boleh dilihat dalam reka bentuk bangunan Sultan Abdul Samad. |
administrative state | negara pentadbiran | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara yang mempunyai prinsip pemerintahan berasaskan kepada keabsahan peraturan yang terdapat dalam perlembagaan. Penubuhan negara pentadbiran bertujuan untuk mengemas tatacara pengurusan dan pentadbiran negara serta untuk mengelak daripada berlakunya gejala rasuah. Idea negara pentadbiran ini berkembang di Amerika Syarikat pada tahun 1887 sewaktu pentadbiran Woodrow Wilson dan di Malaysia semasa pentadbiran Tun Abdul Razak serta diteruskan oleh pimpinan berikutnya. |
nationalist | nasionalis | Sains Politik | Politik Perbandingan | Individu atau golongan yang berpegang kepada semangat kecintaan pada negara atau bangsa. Semangat ini biasa dikaitkan dengan segolongan rakyat yang bergerak untuk memperjuangkan kemerdekaan dan pembangunan negara yang berada di bawah takluk penjajahan. Semangat ini kadangkala bertindan lapis dengan semangat perkauman atau sentimen primordial sesuatu kaum. Contohnya, tokoh pejuang seperti Dato' Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Ishak Hj. Mohamad dan Dr. Burhanuddin al-Helmi merupakan golongan nasionalis tanah air. |