abomasum | abomasum | Veterinar | Praklinikal | Perut keempat haiwan ruminan. Organ berbentuk pear ini terletak pada lantai abdomen di sebelah kanan; antara tulang rusuk ketujuh hingga kedua belas. Abomasum bermula selepas omasum dan berakhir di usus kecil. Abomasum diselaputi membran mukus berkelenjar dan berfungsi dalam pencernaan. Bahagian ini dikenali juga sebagai perut sebenar. |
abomasum | abomasum | Veterinar | Tiada | Bahagian keempat daripada perut haiwan ruminan. Bahagian ini disebut juga sebagai perut sebenar kerana dindingnya mempunyai kelenjar yang merembeskan enzim pencernaan. Organ ini memanjang berbentuk buah pear dan terletak di dasar abdomen sebelah kiri antara tulang rusuk ke-7 hingga ke-12. Bahagian pangkal abomasum bersambung dengan perut ketiga, iaitu omasum dan hujungnya bersambung dengan usus kecil. Dinding organ ini mengeluarkan asid hidroklorik dan enzim pepsin untuk pencernaan. Lihat juga ruminan, rumen, retikulum, omasum. |
abomasum | abomasum | Veterinar | Tiada | Tiada |
abomasum | abomasum | Pertanian | Tiada | Tiada |
abomasum torsion | kilasan abomasum | Veterinar | Tiada | Tiada |
abomasal groove | alur abomasum | Veterinar | Praklinikal | Bahagian ketiga atau terakhir alur gaster haiwan ruminan. Alur abomasum berada pada lengkungan kecil abomasum dan bebas daripada lipatan mukosa. |
omasum | omasum | Veterinar | Praklinikal | Perut ketiga haiwan ruminan. Omasum terletak di sebelah kanan abdomen antara abomasum dengan retikulum tetapi pada paras yang lebih tinggi. Omasum bermula di hujung retikulum dan berakhir di abomasum. Permukaan dalam omasum berlapis seperti helaian buku. Omasum berfungsi untuk mengisar makanan. Omasum dikenali juga sebagai perut kitab. |
omasum | omasum | Veterinar | Tiada | Ruang ketiga dalam perut haiwan ruminan yang terletak di antara rumen dan abomasum. Bahan makanan dicampurkan sehingga sebati di dalam ruang ini. Campuran bahan makanan ini kemudiannya disalurkan ke bahagian abomasum. |
microbial protein | protein mikrob | Veterinar | Tiada | Protein yang terhasil daripada mikrob. Pada ternakan ruminan, protein ini banyak terdapat di dalam rumen yang terdiri daripada bakteria dan protozoa. Mikrob ini akan bergerak ke abomasum dan seterusnya dicerna oleh enzim pepsin dalam abomasum. Hampir 70% daripada keseluruhan protein yang diperoleh haiwan ruminan didapati daripada protein mikrob. Pada ternakan herbivor dan babi, protein ini terdapat di dalam kolon dan sekum serta menyumbang kira-kira 10% daripada keperluan protein untuk haiwan tersebut. Protein jenis ini juga terdapat dalam protein sel tunggal yang selalunya dijadikan sebagai sumber bahan makanan ternakan. |
abomasal groove | alur abomasum | Veterinar | Tiada | Tiada |