ash value | nilai abu | Herba | Tiada | Peratus abu tak organik yang terhasil daripada pemijaran bahan terutamanya bahagian akar, rizom dan daun. Nilai ini merupakan ukuran kebersihan bahan mentah daripada bahan pencemar seperti tanah dan pasir, dan campur palsu akibat kecuaian pengendalian semasa penyediaan. Terdapat empat jenis nilai abu iaitu abu total, abu tak larut asid, abu tersulfat dan abu larut air. Lihat abu total, abu tak larut asid, abu tersulfat, abu larut air, campur palsu. |
ash | abu | Herba | Tiada | Bahan tak organik yang terhasil apabila bahan herba dipijarkan. Nilai kandungan abu adalah penting bagi menandakan tahap pengawalan dalam menyediakan bahan mentah herba. Dalam analisis kawalan kualiti herba, nilai ini ditentukan melalui kaedah penentuan abu total, abu tak larut asid, abu tersulfat dan abu larut air. Lihat abu total, abu tak larut asid, abu tersulfat dan abu larut air. |
acid-insoluble ash | abu tak larut asid | Herba | Tiada | Abu yang mengandungi bahan seperti silika dan silikat yang tidak larut dalam asid. Abu ini terhasil apabila abu total dirawat dengan asid hidroklorik dan dipijarkan pada suhu tidak melebihi 450�C sehingga mencapai berat tetap. Nilai peratusan kandungan abu tak larut asid diperoleh daripada ungkapan 100x/w iaitu x ialah kandungan abu tak larut asid dan w ialah berat asal bahan. Nilai yang melebihi had piawai menandakan kehadiran bahan pencemar pada bahan mentah herba seperti tanah dan pasir. Lihat abu total. |
sulphated ash | abu tersulfat | Herba | Tiada | Abu yang mengandungi bahan sulfat. Abu ini terhasil apabila bahan herba dirawat dengan asid sulfurik dan dipijarkan pada suhu 600�C sehingga mencapai berat tetap. Nilai peratusan kandungan abu tersulfat diperoleh daripada ungkapan 100x/w iaitu x ialah kandungan abu tersulfat dan w ialah berat asal bahan. Nilai yang melebihi had piawai menandakan kehadiran bahan pencemar pada bahan mentah herba seperti tanah dan pasir. |
ash fall | hujan abu | Geologi | Tiada | 1. Turunan abu volkano awangan dari awan letusan. 2. Abu volkano yang dihasilkan dari hujan abu dan terletak di permukaan bumi. |
water-soluble ash | abu larut air | Herba | Tiada | Abu yang mengandungi bahan natrium dan kalium oksida dan karbonat. Abu total biasanya dirawat dengan air dan dipijarkan pada suhu tidak melebihi 450�C sehingga mencapai berat tetap. Nilai peratusan kandungan abu larut air diperoleh daripada ungkapan 100(x-y)/w iaitu x ialah berat abu total, y ialah berat residu tak terlarut dan w ialah berat asal bahan. Nilai yang kurang daripada had piawai menandakan kehadiran bahan pencemar pada bahan mentah herba seperti hampas teh dan halia. |
total ash | abu total | Herba | Tiada | Abu yang mengandungi silika, silikat dan sebatian natrium, kalium, magnesium, kalsium dan ferum yang masing-masing dalam bentuk karbonat, fosfat, klorida dan sulfat. Abu ini terhasil apabila bahan herba dipijarkan pada suhu tidak melebihi 450�C sehingga mencapai berat tetap. Nilai peratusan kandungan abu total diperoleh berdasarkan formula 100x/w, iaitu x ialah kandungan abu total dan w ialah berat asal bahan. Nilai yang melebihi had piawai menandakan lebihan bahan pencemar pada bahan mentah herba seperti tanah, pasir atau kapur. Namun, terdapat pengecualian terhadap tumbuhan yang banyak mengandungi kalsium oksalat kerana tumbuhan ini akan menghasilkan nilai abu total yang tinggi. |
acid insoluble ash | abu tak larut asid | Veterinar | Tiada | Bahagian abu yang tidak boleh larut di dalam asid pekat. Sebahagian besar bahagian abu ini terdiri daripada silika dan digunakan sebagai penanda dalam kajian kebolehcernaan sesuatu sumber makanan. Lihat juga abu. |
ash | abu | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Bahan pepejal tak terbakar yang dibebaskan apabila sesuatu bahan terbakar. Sebahagian kecilnya terlepas ke atmosfera dan mencemarkan udara. Jumlah dan purata saiz abu yang masuk kedalam atmosfera bergantung pada halaju aliran gas yang keluar daripada cerombong. Zarah abu berukuran 0.2 cm dan kurang. Abu tersebut akan termendak berhampiran sumbernya, kecuali zarah yang sangat kecil. |
ash layer | lapisan abu | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Lapisan yang berkaitan dengan pembakaran sama ada arang atau letusan gunung berapi. Lapisan abu dapat dijadikan bukti penggunaan api oleh manusia untuk tujuan memasak dan keperluan hidup. Lapisan abu dengan jumpaan arang amat berguna dalam kajian arkeologi kerana boleh dilakukan pentarikhan mutlak. Debu gunung berapi pula dapat menunjukkan proses alam semula jadi dan kesannya terhadap manusia dan lingkungan kawasannya. Contohnya, penemuan beras terbakar di Gua Cha (Kelantan) yang bertarikh 900 tahun dan penemuan lapisan abu gunung berapi di Lembah Lenggong (Perak) yang bertarikh 30 000 hingga 34 000 tahun dahulu. |