conflict | pertikaian | Kesusasteraan | Puisi | Pertentangan yang ada kalanya bersifat lahiriah dan ada kalanya bersifat batiniah. Dalam puisi, pertikaian secara lahiriah ini jarang sekali dimunculkan oleh penyairnya berbanding dengan prosa. Kebiasaannya seseorang penyair itu lebih banyak menyuarakan perasaan hatinya apabila berhadapan dengan sesuatu yang kurang disenanginya. Contohnya, petikan daripada puisi "Perspektif' dalam antologi Bunga Gerimis karya Firdaus Abdu llah. malam bersama menung tidak berhujung siang bersama sesal seribu pangkal. |
farcical tales | cerita jenaka | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang berkisar pada seseorang tokoh yang lucu. Kelucuan ada kalanya kerana kebodohannya dan ada kalanya kerana kecerdasannya. Contoh: cerita Lebai Malang dan cerita Musang Berjanggut. |
perbilangan | perbilangan | Kesusasteraan | Puisi | Susunan bentuk kata, frasa mahupun baris yang mengisahkan sesuatu maksud. Walaupun bentuk perbilangan berangkap tetapi biasanya tidak terikat dengan jumlah kata dalam setiap baris. Ada kalanya berirama dan ada kalanya tidak. Kebiasaannya setiap rangkap yang dibina itu dapat memancarkan keseluruhan pemikiran. Contohnya, perbilangan adat di bawah. Usang-usang diperbaharui Lapuk-Iapuk dikajangi Yang elok dipakai Yang buruk dibuang Kalau singkat mintak disambung Kalau panjang mintak dikerat Kalau koyak mintak ditampal |
fautes unilitteres Per. | silap sehuruf | Kesusasteraan | Tiada | Kesalahan ketika menulis semula naskhah, ada kalanya tertinggal satu huruf dalam satu-satu perkataan. |
deck jacket | jaket geladak | Kesenian | Tiada | Jaket pendek kalis air, berhud, berzip di hadapan, ada kalanya berlapis kain pail nilon, bahagian leher dan pergelangan tangannya dikait dengan kait permatang; dipakai oleh pelaut atau pelayar ketika berada di kapal. |
ferme systeme Per. | sistem tertutup | Kesusasteraan | Tiada | Penurunan naskhah yang terbatas pada satu garis keturunan ada kalanya teks disalin satu demi satu dari atas ke bawah atau dari contoh ke salinan. |
archetype | arketip | Kesusasteraan | Puisi | Bentuk atau pola asal. Bentuk ini boleh dikembangkan menjadi sesuatu gagasan. Ada kalanya akan terlihat ciri-ciri persambungan dan perubahan daripada pola asal. |
corsage | korsaj | Kesenian | Tiada | 1. Gubahan bunga yang cantik, dipakai pada bahagian bahu dan pinggang pakaian wanita, ada kalanya dipakai di pergelangan tangan, dalam upacara rasmi.,2. Istilah yang digunakan untuk bahagian badan pakaian wanita. |
shirt jacket | jaket kemeja | Kesenian | Tiada | Kemeja berkancing hadapan, dipakai lepas, bercirikan belahan di sisi, berkocek tutup dan ada kalanya dipakai terbuka di sebelah luar kemeja atau kemeja kait. Namanya diambil dari kombinasi kemeja dan jaket. |
oral poetry | puisi lisan | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang tidak bertulis, penyampaiannya kepada khalayak adalah dengan cara dituturkan atau dideklamasikan. Ada kalanya puisi lisan ini diucapkan secara spontan. Contohnya, dalam acara berbalas pantun. |