Ymodem | Ymodem | Teknologi Maklumat | Tiada | Protokol pembetulan ralat bagi modem yang menggunakan blok data yang besar untuk kecekapan tinggi. Modem yang menggunakan protokol ini menghantar data dalam blok 1024 bait. Blok yang berjaya diterima tidak dimaklumkan. Blok yang mempunyai ralat dimaklumkan dengan pemberitahuan negatif (NAK) dan akan dihantar semula. Ymodem menggunakan kaedah semakan lewahan kitar(CRC) untuk mengesan ralat. Ymodem adalah hasil pengubahsuaian Xmodem melalui penyediaan mod kelompok. |
talaqqi rukban | penjualan peraih | Perniagaan Islam | Tiada | Proses jual beli antara peraih dengan pengusaha ketika pengusaha sedang membawa barang jualan ke pasar tanpa menjelaskan harga pasaran. Sekiranya jual beli ini mengakibatkan kerugian kepada pengusaha, maka talaqqi rukban adalah haram tetapi akadnya masih sah. Sekiranya harga pasaran dimaklumkan dan pengusaha masih meneruskan jual beli, maka talaqqi rukban tidak haram. Sinonim talaqqi jalb, talaqqi sil‘. |