Input | input | Teknologi Maklumat | Tiada | Data yang dimasukkan ke dalam komputer untuk diproses. Data boleh dimasukkan secara langsung atau tak langsung. Input langsung adalah seperti melalui papan kekunci, tetikus, skrin sentuh dan pengimbas. Input tak langsung adalah seperti data yang dikumpul dahulu dalam satu fail elektronik dan kemudiannya diproses. Banding output. |
data communication | komunikasi data | Teknologi Maklumat | Tiada | Kaedah penghantaran dan penerimaan data digital daripada satu peranti penghantar ke peranti destinasi melalui medium penghantaran. Peranti penghantar dan penerima adalah seperti komputer, telefon bimbit dan PDA. Medium penghantaran adalah seperti kabel sepaksi, gentian optik, mikrogelombang atau frekuensi radio. Modem diperlukan jika talian telefon digunakan untuk menghantar data. |
output device | peranti output | Teknologi Maklumat | Tiada | Peranti yang digunakan untuk mengeluarkan hasil pemprosesan komputer yang berbentuk sama ada output skrin, cetakan, isyarat visual, audio, dan lain-lain. Contoh peranti output mekanikal adalah seperti pencetak dot matriks, motor, tangan robot dan lain-lain peranti elektromagnetik. Peranti output visual adalah seperti skrin paparan, projektor, lampu, LED dan televisyen. Manakala contoh peranti audio adalah seperti pembesar suara dan penggera. Banding peranti input. |
font | fon | Teknologi Maklumat | Perisian | Reka bentuk set aksara yang terdiri daripada kombinasi rupa taip, bentuk, saiz, imbangan dan jarak. Contoh rupa taip adalah seperti Times New Roman atau Arial. Contoh bentuk fon pula adalah seperti italik, huruf tebal atau bergaris bawah. Saiz fon yang biasa digunakan adalah di antara 10 hingga 12 poin. |
storage device | peranti storan | Teknologi Maklumat | Tiada | Peranti komputer yang digunakan untuk menyimpan data secara tidak meruap. Peranti ini boleh dikategorikan sebagai peranti storan dalaman dan luaran. Peranti storan dalaman adalah seperti pemacu cakera keras. Peranti storan luaran adalah seperti pemacu pita dan pemacu CD-RW. |
storage device | peranti storan | Teknologi Maklumat | Tiada | Peranti komputer yang digunakan untuk menyimpan data secara tidak meruap. Peranti ini boleh dikategorikan sebagai peranti storan dalaman dan luaran. Peranti storan dalaman adalah seperti pemacu cakera keras. Peranti storan luaran adalah seperti pemacu pita dan pemacu CD-RW. |
natural fibre | gentian semula jadi | Kejuruteraan | Polimer | Gentian semula jadi dalam bentuk tersimpai seperti kapas, bulu dan sutera. Gentian jenis ini boleh dipecahkan kepada tiga jenis; gentian berasal daripada tumbuhan, haiwan dan galian. Gentian daripada tumbuhan adalah seperti kapas, rami jut dan serat flaks, manakala gentian daripada haiwan adalah seperti bulu dan daripada galian adalah seperti asbestos. |
bur | bur | Pergigian | Tiada | Alat pengisar gigi yang mempunyai bilah yang dibahagikan mengikut jenis bahan yang diperbuat dan mengikut bentuk serta saiz bilah. Bilah yang dibahagikan mengikut jenis yang diperbuat adalah seperti keluli, intan atau wolfram karbida. Manakala, bilah yang dibahagikan mengikut bentuk serta saiz adalah seperti bulat, silinder dan lidah api. Alat ini dipasang pada hanpis dan digunakan untuk memotong struktur gigi berkaries di dalam peringkat bebas karies dan membentuk struktur gigi di dalam peringkat penyediaan kaviti atau gigi. |
natural shape | rupa bentuk semula jadi | Kesenian | Tiada | Rupa bentuk karya adalah seperti yang asal, tanpa diubah suai. |
cross rhyme | rima silang | Kesusasteraan | Tiada | Rima yang terdapat di bahagian tengah sesuatu puisi panjang dan mempunyai persamaan dengan baris ayat puisi yang berikutnya. Contohnya adalah seperti yang berikut: Will ye bridle the deep sea with reins, Will ye chasten the high sea with rods? Will ye take her to chain her with chains, who is order than all ye Gods? Dalam kontes kesusasteraan Melayu, maksud rima silang ditemui dalam genre pantun empat kerat. Dalam pantun, baris pertama mempunyai rima hujung dengan baris ketiga, sementara hujung baris kedua akan berima dengan hujung baris keempat. Rima silang juga terdapat di tengah baris pantun, iaitu antara baris pertama dengan baris ketiga, dan baris kedua dengan baris keempat. Contohnya adalah seperti yang berikut: Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi baik dikenang jua. |