Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adaptif


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
adaptive technologyteknologi adaptif/ teknologi mudah suaiUmumTiadaAlat atau sistem yang direka khas atau diubah suai untuk memenuhi keperluan OKU.
frequency-dependent fitnessketegapan bergantung frekuensiBiologiGenetikFenimena apabila nilai adaptif genotip berubah mengikut perubahan pada frekuensi alel.
macrophagemakrofajPerikananAkuakulturSejenis sel darah putih yang terlibat dalam pertahanan semula jadi dan adaptif pada ikan. Makrofaj terdiri daripada sel-sel darah ameboid yang terlibat dalam proses fagositosis, keradangan dan penghasilan antibodi.
cognitive assessmentpentaksiran kognitifPsikologiPsikologi UmumPenilaian yang menyediakan maklumat tentang aspek pemikiran sama ada bersifat adaptif dan maladaptif. Peranan pemikiran ini melibatkan proses perancangan, membuat keputusan dan menginterpretasi realiti. Penilaian ini juga menyediakan maklumat tentang kesan prosedur tertentu yang mungkin akan mengubah cara subjek berfikir tentang sesuatu masalah dan cara mereka bertingkah laku.
mental retardationterencat mental/terencat akalKejururawatanTiadaKeadaan kecerdasan akal individu di bawah paras normal. Hal ini akan menyebabkan kekurangan kemahiran adaptif seperti komunikasi, penjagaan diri, kemahiran sosial, akademik atau kerja.
immunityimunitiPerikananAkuakulturKeadaan ikan yang mempunyai daya tahan atau perlindungan yang mencukupi untuk menggelakkan jangkitan penyakit atau menghalang kemasukan bahan asing yang boleh memudaratkan. Keadaan ini boleh terhasil daripada proses imunisasi/vaksinasi atau akibat jangkitan lampau atau diperoleh daripada induk ikan. Perlindungan yang diperoleh selepas jangkitan dikenali sebagai imuniti adaptif, manakala imuniti semula jadi merujuk kepada perlindungan yang diperoleh sejak dilahirkan.
emotionemosiPsikologiPsikologi UmumKeadaan yang dicirikan oleh perubahan fisiologi dan psikologi yang biasanya dapat dilihat menerusi air muka seseorang. Perkataan ini berasal dari Greek yang bermaksud bergerak, iaitu emosi boleh membuatkan individu bergerak untuk melakukan sesuatu. Apabila perasaan takut, marah atau gembira menyerang individu, badannya akan dirangsang atau dimotivasikan untuk bertindak melakukan sesuatu seperti melarikan diri, menyakitkan orang lain atau ketawa riang. Emosi biasanya dikaitkan dengan tingkah laku adaptif seperti menyerang, melarikan diri, mencari keselesaan, menolong orang lain dan sebagainya. Tingkah laku sedemikian akan membantu individu untuk meneruskan kehidupannya. Perubahan emosi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti perubahan dalam kadar denyutan jantung, peningkatan tekanan darah serta perubahan fizikal seperti yang ditunjukkan melalui tangan yang menggeletar, bulu roma meremang dan sebagainya.

Kembali ke atas