habitual custom | adat kebiasaan | Sosiologi | Tiada | Tiada |
ta‘addi | perlanggaran peraturan | Perniagaan Islam | Tiada | Tindakan melampaui batas dari segi syarak, uruf atau adat kebiasaan. Contohnya, pemegang amanah atau gadaian menggunakan barang amanah atau gadaian tersebut tanpa keizinan pemiliknya. Ta‘addi juga wujud sekiranya pekerja cuai atau melanggar arahan majikan. |
molest | cabul | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Sentuhan, serangan atau penderaan secara fizikal yang dianggap keji dan melanggar adat kebiasaan yang dilakukan tanpa kerelaan mangsa. |
sexual molestation | pencabulan seksual | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Sentuhan, serangan atau penderaan secara seksual yang dianggap keji dan melanggar adat kebiasaan yang dilakukan tanpa kerelaan mangsa. |
anarchitecture | seni bina anarki | Kesenian | Seni Bina | Seni bina yang berasaskan kehendak individu tertentu dan bertentangan dengan tatacara atau adat kebiasaan dalam bidang seni bina. Ideologi seni bina ini diperkenalkan oleh Gordon Matta Clark di New York pada tahun 1973. |
manner | adat resam | Kesusasteraan | Tiada | Adat kebiasaan, atau aturan-aturan yang menjadi adat. |
i‘arah mutlaqah | peminjaman mutlak | Perniagaan Islam | Tiada | Akad peminjaman yang tidak ditentukan pihak dan kaedah yang akan menggunakan barang pinjaman. Contohnya, peminjaman kereta yang tidak ditentukan secara khusus tempoh, kawasan penggunaan dan berat muatan yang patut dibawa. Akad peminjaman mutlak tertakluk kepada syarat penggunaan mengikut uruf dan adat kebiasaan. Penggunaan barang pinjaman tidak boleh melampaui kebiasaan dan sekiranya mengalami kerosakan, peminjam bertanggungjawab sepenuhnya. |
custom | adat | Sejarah | Tiada | Peraturan atau amalan yang menjadi kebiasaan dalam sesebuah masyarakat, diamalkan seharian, tidak bertulis tetapi bersifat perundangan dan berautoriti. |
novel of manner | novel resaman | Kesusasteraan | Tiada | Novel yang mengutamakan pengisahan kepada adat resam, tatasusila, peraturan dan kebiasaan satu-satu kelompok kelas manusia pada satu tempat, masa tertentu. |