Senator | ahli Dewan Negara; Senator | Sejarah | Tiada | Tiada |
cabinet minister | menteri kabinet | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Individu yang dilantik dari kalangan ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi menganggotai badan pemerintahan di peringkat persekutuan dan mengetuai sesebuah kementerian. Menteri ini dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Beliau bertanggungjawab terhadap perjalanan dan pelaksanaan dasar-dasar kementeriannya. Pada masa yang sama, menteri kabinet turut mengambil bahagian dalam penggubalan dasar-dasar kerajaan. Kebanyakan menteri mempunyai portfolio tertentu tetapi terdapat juga menteri yang tidak mempunyai portfolio khusus seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Anggota jemaah menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri membentuk kabinet di peringkat persekutuan. |
Congress (US) | Kongres (AS) | Sains Politik | Politik Perbandingan | Badan perundangan yang membincangkan dan menggubal undang-undang, dasar dan juga perbelanjaan negara Amerika Syarikat. Badan ini bersifat dwidewan yang terdiri daripada Dewan Perwakilan dan Dewan Senat. Dewan Perwakilan terdiri daripada 435 ahli yang merupakan dewan rendah dan ahIinya dipilih setiap dua tahun sekali. Dewan Senat pula merupakan dewan atas yang terdiri daripada 100 orang ahli yang dipilih untuk tempoh selama 6 tahun. Ahli kedua-dua dewan ini digelar sebagai ahli Kongres. Namun, dari segi adat dan amalan di Amerika Syarikat hanya ahli dewan perwakilan yang biasa digelar sebagai ahli Kongres manakala ahli dewan senat digelar sebagai Senator. |
Diet | Diet | Sains Politik | Politik Perbandingan | Badan perundangan yang menggubal undang-undang, dasar dan belanjawan negara Jepun. Badan ini terdiri daripada dua komponen utama iaitu Dewan Penasihat (Sangi-in) yang diklasifikasikan sebagai Dewan Atas dan Dewan Perwakilan (Shugi-in) dikenali juga sebagai Dewan Bawah. Dewan Penasihal terdiri daripada 252 ahli, 152 ahli dipilih dari 11 kawasan pengundian, sementara 100 ahli lagi dipilih melalui senarai tunggal kebangsaan. Keahlian Dewan Penasihat terbuka kepada warganegara Jepun yang berumur 30 tahun ke atas dan setiap ahlinya berkhidmat untuk tempoh enam tahun bagi satu penggal. Dewan Perwakilan pula terdiri daripada 480 ahli yang dipilih untuk tempoh empat tahun sekali, 180 ahli dipilih secara kaedah pemilihan berkadar dari 11 kawasan yang bersifat pelbagai keahlian, sementara 300 ahli dipilih melalui kaedah perwakilan tunggal dari satu kawasan. Keahlian Dewan Perwakilan terbuka kepada warganegara Jepun yang berumur 25 tahun ke atas. Secara hierarki, Dewan Perwakilan lebih berkuasa daripada Dewan Penasihat |
legislative body | badan perundangan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Institusi yang bertanggungjawab untuk membahas, menggubal atau meminda perlembagaan dan undang-undang negara; membincang dan meluluskan belanjawan negara; meluluskan cukai baru; membahaskan dasar dan berbagai keputusan penting yang melibatkan negara. Badan ini terdiri daripada tiga komponen utama iaitu Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Penggubalan rang undang-undang akan melalui Dewan Rakyat, Dewan Negara yang kemudiannya diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong. Badan ini dianggotai oleh wakil rakyat atau ahli parlimen. Institusi ini merupakan salah sebuah dari tiga institusi pemerintahan di samping eksekutif dan kehakiman. |
state executive council | majIis mesyuarat negeri | Sains Politik | Politik Perbandingan | Satu badan atau jawatankuasa yang memiliki kuasa eksekutif dalam sesebuah negeri yang mengamalkan sistem negara persekutuan dan demokrasi berparlimen. Anggota majlis ini dilantik daripada kalangan ahli dewan perundangan atau dewan undangan negeri yang menguasai majoriti dewan. Mereka melaksanakan pemerintahan di peringkat negeri seperti yang telah diluluskan oleh dewan undangan negeri dengan mengagih-agihkan portfolio seperti Exco kewangan, pertanian, pendidikan, perumahan, alam sekitar dan sebagainya, sebagaimana tugas anggota kabinet di peringkat pusat. Contohnya, setiap negeri di Malaysia mempunyai majlis mesyuarat negeri masing-masing. |
cabinet | kabinet | Sains Politik | Politik Perbandingan | Badan eksekutif yang dianggotai oleh jemaah menteri yang dipilih dari kalangan ahli dewan perundangan. Anggota jemaah kabinet akan dipertanggungjawabkan untuk mengetuai portfolio atau kementerian tertentu. Kebiasaannya, ahli kabinet ini akan bermesyuarat satu atau dua minggu sekali dan dipengerusikan oleh perdana menteri dalam sistem demokrasi berparlimen atau oleh presiden dalam sistem demokrasi berpresiden. Pelantikan ahli jemaah kabinet dalam amalan demokrasi merupakan hak mutlak ketua kerajaan. Istilah ini berasal daripada perkataan Perancis yang membawa maksud bilik rahsia yang digunakan oleh Raja Perancis pada era sebelum revolusi untuk bermesyuarat dengan pegawai istana tertentu. Pegawai yang dipercayai oleh raja sahaja dipanggil untuk bermesyuarat kerana ia melibatkan rahsia negara. |
political executive | eksekutif politik | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Badan yang memiliki kuasa merencana, melaksana dan menguatkuasa keputusan serta dasar negara. Badan ini dianggotai oleh jemaah menteri yang dipilih dari kalangan ahli dewan perundangan yang bertanggungjawab mengetuai potfolio atau kementerian tertentu. Kedudukannya berbeza mengikut negara sama ada berperanan sebagai raja, presiden ataupun perdana menteri dan kabinet. Dalam konteks Malaysia, eksekutif politik terdiri daripada Perdana Menteri dan kabinet. Kebiasaannya, ahli kabinet akan bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu, dipengerusikan oleh perdana menteri. Pelantikan ahli jemaah kabinet dalam amalan demokrasi merupakan hak ketua negara atas nasihat perdana menteri. |
Parliamentary Secretary | Setiausaha Dewan Parlimen(penjawat awam) | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Petugas khas di parlimen yang menguruskan pentadbiran parlimen sesebuah negara. Setiausaha ini turut hadir dalam persidangan untuk mencatat dan mengemaskini semua maklumat atau perkembangan terbaru persidangan tetapi tidak mempunyai kuasa untuk turut sama bersidang atau mengundi. Ia merupakan seorang anggota perkhidmatan awam dan bukan seorang ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat. |
pesidential democracy | demokrasi berpresiden | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem demokrasi yang presidennya berkuasa dalam pemerintahan mengikut corak pemerintahan Amerika Syarikat. Sistem demokrasi ini berbeza daripada sistem demokrasi berparlimen seperti yang diamalkan oleh Great Britan. Dalam sistem ini, presiden menjadi ketua negara dan juga ketua kerajaan serentak. Presiden dan ahli kabinetnya tidak menganggotai dewan perundangan atau kongres, walaupun begitu semua keputusan kongres perlu mendapat perakuan presiden sebelum dilaksanakan. Presiden melantik anggota kabinet atas nama setiausaha seperti setiausaha pertahanan dan pelajaran. Dalam maksud lain, beliau merupakan seorang yang sangat berkuasa dalam pemerintahan negaranya. Contoh negara yang mengamalkan sistem ini ialah Amerika Syarikat dan Filipina. |