herbal decantation | penyiringan herba | Herba | Tiada | Kaedah untuk membuang cecair ekstrak daripada bahan pepejal herba yang basah secara mekanikal dengan menuang cecair tanpa mengganggu enapan dan mendakan. Contohnya penuangan larutan air kopi bagi memisahkan enapannya. |
freeze-drying | pengeringan sejuk beku | Herba | Tiada | Proses menyingkirkan lembapan dengan cara disejukbekukan. Biasanya cecair ekstrak herba atau bahan herba dalam bentuk yang utuh disejukbekukan dan kandungan air dikeringkan secara pemejalwapan pada tekanan dan suhu rendah untuk menghasilkan serbuk ekstrak herba atau bahan herba kering. Proses ini sesuai digunakan bagi pengeringan bahan herba yang termolabil. Contohnya serbuk ekstrak larut air kopi dan tongkat ali. |
brewer | pembru | Sosiologi | Tiada | Pembancuh kopi yang menggunakan wap air untuk membancuh kopi. |
americano | americano | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sejenis minuman kopi yang berasal dari Itali, yang disediakan dengan bancuhan kopi pekat dan air panas. |
drip coffee maker | pembancuh kopi titis(an) | Sosiologi | Tiada | Pembancuh kopi yang menggunakan kaedah titisan air panas. |
espresso | espresso | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sejenis minuman kopi pekat yang berasal dari Itali, yang disediakan dengan cara melalukan air mendidih atau wap pada biji kopi yang telah dikisar. |
cold brew | bru sejuk | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Minuman sejuk berasaskan kopi atau teh yang dibancuh atau direndam semalaman dengan menggunakan air sejuk atau air pada suhu bilik. |
hot brew | bru panas | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Minuman panas berasaskan kopi atau teh yang dibancuh atau direndam dengan menggunakan air panas. |
caffeine | kafeina | Kimia | Biokimia | Alkaloid purina berwarna putih, tidak berbau, larut di dalam kloroform, larut sedikit di dalam air, alkohol dan eter, dan berkeadaan peroi di dalam udara. Sebatian bisiklik ini banyak terdapat di dalam biji dan daun kopi, daun teh, dan digunakan sebagai perangsang dalam sistem saraf pusat. |
predisposing factor | faktor penggalak | Pertanian | Agronomi | Faktor yang menyebabkan kekurangan daya tahan tumbuhan terhadap serangan penyakit. Faktor tersebut termasuk kekurangan nutrien dan air serta kecederaan pada tumbuhan yang mendedahkannya kepada jangkitan kulat dan serangga perosak. Keadaan air yang bertakung juga merupakan faktor penggalak yang menyebabkan akar tanaman mudah diserang kulat dan serangga perosak. Contohnya, faktor penggalak bagi penyakit akar perang yang disebabkan oleh kulat Ganoderma pseudoferreum pada koko, kopi dan getah ialah keadaan tanah yang lembap. |