Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
laut (kata nama)
Bersinonim dengan lautan, selat, bahar, bahari, segara, samudera, semedera.,

Puisi
 

Cik Mat jalan melenggang,
     Dua tiga ranting patah;
Air laut sekerat pinggang,
     Buku lali haram tak basah.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Menuangkan air ke laut.

Bermaksud :

Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memberi garam kepada laut, b. Membuang garam ke laut).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tidal currentarus pasang surutSains MarinTiadaPergerakan berkala air laut yang disebabkan oleh gerakan pasang surut air laut akibat kenaikan dan penurunan arus air laut. Gerakan menegak pasang surut berhampiran pantai menyebabkan air laut bergerak mendatar dan mewujudkan arus. Selain itu, arus ini terbentuk disebabkan oleh faktor seperti corak cuaca tempatan (gelombang sinaran), ciri-ciri laut (pasang surut) dan faktor geografi.
seawater intrusionpenerobosan air lautHidrologiTiadaPenusukan air laut ke dalam akuifer di tepi pantai.
sea water magnesiamagnesia air lautKejuruteraanTiadaRefraktori jenis magnesit yang dihasilkan daripada air laut sebagai sumber utama magnesia.
seawater conversion see also desalinationpengubahan air laut lihat juga pengawaasinanHidrologiTiadaPengawaasinan air laut.
sea chestpeti air lautKejuruteraanTiadaRuang kurungan yang dipasang pada bahagian dalam kelompang dasar yang terdedah kepada air laut.
practical salinity unit (PSU)unit kemasinan praktikal (PSU)Sains MarinTiadaUnit kemasinan air laut yang diukur berdasarkan sifat ke- konduksian air laut. Unit ini juga bersamaan dengan 0/1000 atau 0/00 atau g/kg.
hydrophotometerhidrofotometerFizikOptikAlat untuk mengukur pekali pengecilan cahaya yang dikolimatkan di dalam air laut. Cahaya daripada sumber dikolimatkan itu diarahkan ke turas air laut dan cahaya yang keluar diukur oleh fotosel atau peranti elektronik lain pada hujung turas yang satu lagi.
sea-water mudlumpur air lautKejuruteraanPetroleumLumpur air garam kelas khas yang dalam pembuatannya digunakan air laut. RUJUK: lumpur air garam
marine fishikan air lautPerikananAkuakulturIkan yang hidup di dalam laut pada tahap kemasinan 30 – 50 ppt. Contoh ikan air laut ialah ikan kerapu, ikan siakap, ikan bawal dan ikan haruan tasik yang diternak dalam sangkar laut terbuka. (SIHAT, TERNAK)
brinepekasinHidrologiTiadaLarutan garam yang sangat pekat yang kerap kali dihasilkan oleh sejatan atau pembekuan air laut. Kepekatan jumlah pepejal terlarut (TDS) biasanya jauh lebih tinggi dari yang terdapat dalam air laut.
12345678910...

Kembali ke atas