withering | pelayuan | Pertanian | Agroteknologi | Proses untuk mengurangkan kandungan air di dalam daun tanpa menggunakan haba. Contohnya, pelayuan merupakan langkah pertama dalam pemprosesan daun teh. Setelah dituai, daun teh dibiarkan 12 jam dalam bekas berlubang dengan saluran udara supaya daun kehilangan sebahagian air dan menjadi lembut untuk proses seterusnya. |
cold brew | bru sejuk | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Minuman sejuk berasaskan kopi atau teh yang dibancuh atau direndam semalaman dengan menggunakan air sejuk atau air pada suhu bilik. |
water-soluble ash | abu larut air | Herba | Tiada | Abu yang mengandungi bahan natrium dan kalium oksida dan karbonat. Abu total biasanya dirawat dengan air dan dipijarkan pada suhu tidak melebihi 450�C sehingga mencapai berat tetap. Nilai peratusan kandungan abu larut air diperoleh daripada ungkapan 100(x-y)/w iaitu x ialah berat abu total, y ialah berat residu tak terlarut dan w ialah berat asal bahan. Nilai yang kurang daripada had piawai menandakan kehadiran bahan pencemar pada bahan mentah herba seperti hampas teh dan halia. |
hot brew | bru panas | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Minuman panas berasaskan kopi atau teh yang dibancuh atau direndam dengan menggunakan air panas. |
caffeine | kafeina | Kimia | Biokimia | Alkaloid purina berwarna putih, tidak berbau, larut di dalam kloroform, larut sedikit di dalam air, alkohol dan eter, dan berkeadaan peroi di dalam udara. Sebatian bisiklik ini banyak terdapat di dalam biji dan daun kopi, daun teh, dan digunakan sebagai perangsang dalam sistem saraf pusat. |
maceration | perendaman | Herba | Fitokimia | Proses yang melibatkan penenggelaman sampel tumbuhan yang telah dikisar atau dikecilkan saiznya dengan pelarut tertentu seperti metanol, etanol, air dan heksana. Proses ini dilakukan untuk mengekstrak sebatian metabolit daripada sel tumbuhan tersebut. Contohnya, proses penyediaan teh daripada serbuknya. |
Strobilanthus crispus | Pecah kaca | Pertanian | Tiada | Tumbuhan dalam famili Acanthaceae ini juga dikenali sebagai batu jin dan bayam karang. Tumbuhan ini jenis renik berkayu mempunyai batang beruas panjang. Daunnya tebal dan kasar, berbentuk ovat dan tepinya bergerigi. Jambak bunga jenis spika, bunganya berwarna kuning. Tumbuhan ini ditanam sebagai hiasan dan pagar. Daunnya dibuat teh herba. Air rebusan daun diminum untuk membuang batu ginjal, merawat kencing manis, darah tinggi, barah, buasir, sembelit dan melawas kencing. |
herbal infusion | seduhan herba | Herba | Tiada | Cecair yang dihasilkan melalui proses penyeduhan bahan herba. Biasanya cecair ini diperoleh daripada rendaman bahan herba dengan air sejuk atau mendidih pada masa yang singkat (5 minit). Bahan herba kemudiannya ditapis dan airnya diminum ketika masih suam. Contohnya, seduhan teh misai kucing. |
astringency | kekelatan | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Fenomena yang berkaitan dengan rasa, yang dirasai sebagai rasa kering dan kesat di dalam mulut. Kekelatan biasanya melibatkan gabungan tanin atau polifenol dengan protein dalam air liur bagi membentuk mendakan atau gumpalan yang menghapuskan kesan pelincir air liur. Kekelatan mungkin merupakan sifat perisa yang disukai, seperti yang terdapat dalam minuman teh. Tetapi jika berlebihan ia boleh menyebabkan sesuatu makanan tidak sesuai dimakan. |
caffeine | kafeina | Kimia | Tiada | Sebatian alkaloid, formula C8H10N4O2 dan takat lebur236.8oC bagi hablur monohidratnya, wujud dalam bentuk hablur panjang yang berlenturkan, berasa pahit, larut di dalam kloroform dan larut sedikit di dalam air dan alkohol. Sebatian ini diperoleh daripada pengekstrakan biji kopi, daun teh atau kacang kola dan boleh juga disediakan secara sintetik. Kafeina digunakan di dalam minuman dan ubat-ubatan sebagai bahan perangsang dan diuretik. |