distance learning | pembelajaran jarak jauh | Teknologi Maklumat | Tiada | Cara mendapat pendidikan tanpa perlu bersemuka di dalam kelas. Pada akhir-akhir ini, Internet sering digunakan untuk menyampaikan kandungan, jadual, kerja kursus dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang lain. Forum diskusi juga semakin banyak digunakan untuk pembelajaran kolaboratif di kalangan peserta kursus dengan pengajar atau fasilitator. |
artificial reproduction | pembiakan buatan | Pertanian | Agroteknologi | Kaedah pembiakan tanaman dengan menggunakan bahan selain kaedah semula jadi, biasanya melalui biji benih. Pembiakan buatan termasuklah menggunakan keratan batang, kaedah tut dan kaedah cantuman tunas. Akhir-akhir ini, kaedah pembiakan mikro menjadi penting kerana dapat membiakkan tanaman daripada tisu tumbuhan dan tidak memerlukan bahan induk yang banyak. Bahan yang digunakan dalam kultur tisu termasuk secebis daun, batang atau akar. |
ice nucleus | nukleus ais | Sains | Hidrometeorologi | Zarah yang menjadi nukleus dalam pembentukan hablur ais di dalam atmosfera tanpa mengira proses fizikal tertentu yang terlibat dalam penukleusan. Oleh itu nukleus ais mungkin merupakan nukleus pembekuan atau nukleus pemejalwapan. Kajian akhir-akhir ini tentang penukleusan ais kuat menunjukkan bahawa nukleus ais asli, apa sahaja sifat fiziokimia sebenarnya, merupakan nukleus pembekuan dan bukannya nukleus pemejalwapan. Nukleus pembentukan hablur ais dalam suatu badan air biasanya dirujuk sebagai nukleus penghabluran. |
final finish | kemasan akhir; pengemasan akhir | Kesenian | Tiada | 1. Kemasan akhir: Kemasan yang dibuat pada peringkat akhir.,2.Pengemasan akhir: Proses membuat sesuatu pada peringkat akhir. |
final product | keluaran akhir; hasil akhir | Kimia | Tiada | Hasil akhir: Bahan kimia yang diperoleh pada akhir tindak balas. |
isobar | isobar | Sains | Hidrometeorologi | Garis yang menunjukkan tekanan sama atau malar, atau suatu isoplet tekanan. Isobar digambarkan sebagai garis yang dilukis melalui semua titik yang mempunyai tekanan atmosfera yang sama di sepanjang permukaan rujukan tertentu, seperti permukaan ketinggian malar (biasanya aras laut min pada permukaan carta) permukaan bumi isentropi, satah menegak suatu keratan rentas sinoptik, dan lain-lain. Pola isobar selalunya menjadi perkara utama dalam analisis carta permukaan, sehingga akhir-akhir ini melukis isobar dengan selang 3-mb merupakan tatacara piawai. Walau bagaimanapun penggunaan carta tekanan malar untuk analisis udara atas kemudiannya telah memperkenalkan selang 4�mb untuk memudahkan pertukaran dari permukaan isobar kepada garis kontur 1000�mb. |
isobar | isobar | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Garis yang menunjukkan tekanan sama atau malar, atau suatu isoplet tekanan. Isobar digambarkan sebagai garis yang dilukis melalui semua titik yang mempunyai tekanan atmosfera yang sama di sepanjang permukaan rujukan tertentu, seperti permukaan ketinggian malar (biasanya min aras laut pada carta permukaan), permukaan bumi isentropi, dan satah menegak suatu keratan rentas sinoptik. Pola isobar selalunya menjadi perkara utama dalam analisis carta permukaan, sehingga akhir-akhir ini lakaran isobar dengan selang 3 hpa merupada tatacara piawai. Walau bagaimanapun, penggunaan carta tekanan malar untuk analisis udara atas kemudiannya telah memperkenalkan selang 4 hpa untuk memudahkan pertukaran dari permukaan isobar kepada garis kontur 1000 hPa. |
end product | hasil akhir; keluaran akhir | Perubatan | Tiada | 1. Hasil akhir: Sebatian kimia yang terhasil daripada metabolisme yang lengkap. |
final proof | pruf akhir; pengembangan akhir | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 2. Pengembangan akhir: Proses terakhir dalam membuat roti. |
immediate life annuity | anuiti hayat akhiran | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Anuiti yang bayaran kepada anuitan akan dibuat pada setiap akhir tempoh tertentu seperti akhir bulan, akhir tahun dan sebagainya. |