Alzheimer’s disease | penyakit Alzheimer | Gerontologi | Tiada | Demensia progresif yang berlaku apabila sebahagian sel otak tidak berfungsi. Keadaan ini akan mempengaruhi ingatan, fungsi kognitif dan personaliti seseorang sehingga mengganggu aktiviti harian. Penyakit Alzheimer biasanya berlaku pada individu pertengaha |
Alzheimer's disease | penyakit Alzheimer | Perubatan | Tiada | Tiada |
Alzheimer’s disease | penyakit Alzheimer | Perubatan | Tiada | Penyakit nyanyuk pramasa yang dikaitkan dengan atrofi pada serebrum otak. |
Alzheimer's disease | penyakit Alzheimer | Jururawat | Kejururawatan Klinikal | Demensia yang tidak diketahui sebabnya dan berlaku pada pertengahan umur, iaitu di antara 30-60 tahun. Sinonim presenile dementia.
|
presenile dementia | demensia prasenil | Gerontologi | Tiada | Lihat Alzheimer’s disease. |
phytoestrogen | fitoestrogen | Herba | Fitokimia | Sebatian fitokimia bukan steroid yang memberi kesan serupa dengan hormon estrogen yang terdapat dalam badan manusia. Hormon estrogen mencegah pelbagai jenis penyakit seperti sakit jantung, kanser payu dara, Alzheimer, dan melawan beberapa kesan sampingan menopaus. Contohnya, sebatian isoflavonoid seperti daidzein dan genistein yang terdapat dalam kebanyakan tumbuhan seperti kacang soya. Lihat juga isoflavon. |
amyloid | amiloid | Kimia | Forensik | Sebatian selulosa yang menyerupai kanji yang terdiri daripada protein dan asid kondroitin sulfurik. Sebatian ini terbentuk dalam organ dalaman seperti hati, buah pinggang dan limpa akibat sesetengah penyakit seperti Alzheimer dan Hodgkin. |
presenile dementia | dementia prasenil | Perubatan | Tiada | Dementia yang tidak diketahui penyebabnya, yang bermula pada pertengahan umur, iaitu antara 30 hingga 60 tahun. Dalam keadaan ini atrofi korteks dan pendilatan sekunder ventrikel berlaku. Sin: penyakit Alzheimer |
single nucleotide polymorphism (SNP) | polimorfisme nukleotida tunggal (SNP) | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Perubahan satu nukleotida dalam jujukan DNA genom. Contohnya, sekiranya bes nukleotida A menggantikan T, maka jujukan TTGA-TG menjadi TTGA-AG. Polimorfisme nukleotida tunggal boleh menyebabkan individu rentan terhadap penyakit. Contoh penyakit yang dikaitkan dengan polimorfisme nukleotida tunggal ialah penyakit Alzheimer, jantung, diabetes dan asma. Polimorfisme nukleotida tunggal mempengaruhi tindak balas tubuh terhadap patogen, drug dan bahan kimia. |