dwarf galaxy | galaksi kerdil | Matematik | Tiada | Galaksi yang amat kabur kerana saiznya amat kecil ataupun kerana kecerahan permukaannya sangat rendah atau kerana kedua-duanya sekali. |
cumulus congestus | kumulus kongestus | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Spesies kumulus yang perkembangannya amat nyata, dan awan ini mengunjur amat tinggi ke atas. Pada bahagian atas bonjolan-bonjolan amat nyata dan menyerupai kubis bunga. Lihat pengelasan awan. |
impulsive force | daya impuls | Fizik | Mekanik | Daya yang amat besar bertindak dalam masa yang amat singkat. lih. impuls |
Rigel (Beta Orionis) | Rigel (Beta Orionis) | Matematik | Tiada | Bintang superraksasa yang amat cerah, jauh dan putih kebiruan yang amat menonjol dan cerah di buruj Orion. |
symbiotic objects | objek simbiosis | Matematik | Tiada | Sekumpulan bintang yang spektrumnya memperlihatkan keamatan garis pancaran yang amat luar biasa, kerana bintang ini biasanya bersuhu sangat rendah dan amat tinggi. |
#NAME? | #NAME? | Perubatan | Tiada | Satu bentuk imbuhan asing yang merujuk pada keadaan apabila seseorang mempunyai kecenderungan yang amat kuat untuk melakukan sesuatu, misalnya kleptomania, iaitu keinginan yang amat sangat untuk mencuri. |
inflationary universe | alam semesta menggelembung | Matematik | Tiada | Fasa yang berkemungkinan berlaku semasa alam semesta ini amat muda apabila saiznya bertambah berjuta kali ganda, malah mungkin1050 kali ganda dalam tempoh yang amat pendek. |
minimalism | minimalisme | Kesusasteraan | Tiada | Gaya dramatik yang mengehadkan karya kepada yang asas dan ringkas dalam bentuk yang singkat. Contohnya, karya haiku, epigram dan sketch dramatik yang amat singkat atau berbentuk monolog. Penggunaan latar hiasnya amat sedikit dan penggunaan kosa katanya kadangkala tanpa ujaran sehingga senyap sunyi. Contohnya, drama karya Samuel Beckett bertajuk Breath yang pementasannya mengambil masa 30 saat. Drama ini tidak mempunyai watak dan tiada sebarang ucapan. |
size effect | kesan saiz | Fizik | Nanoteknologi | Kesan yang berada pada sifat fizik seperti sifat optik dan elektrik suatu bahan apabila saiznya berubah kepada dimensi yang amat kecil dalam julat puluhan atau ratusan nanometer. Contoh bahan bersaiz amat kecil ini ialah nanozarah, bintik kuantum dan nanodawai. Sifat optik dan elektrik bahan tersebut bergantung pada saiz dan mungkin berbeza daripada sifatnya yang berada dalam keadaan pukal. Sifat bahan bersaiz nanometer dipengaruhi hukum mekanik kuantum. |
loose coupling | gandingan longgar | Kejuruteraan | Tiada | 1. Darjah gandingan pada sistem salunan, yang jauh kurang daripada gandingan genting.,2. Gandingan di antara dua litar yang amat sedikit kuasa dipindahkan di antara litar-litar itu, dan perubahan galangan pada satu litar mempunyai kesan yang amat sedikit pada litar yang satu lagi. |