Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : rambut di pelipis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : hujung rambut yg ikal pd dahi dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rambut (kata nama)
Bersinonim dengan uban, surai, bulu;,
Kata Terbitan : berambut,

Puisi
 

Anak Cina memasang lukah,
     Lukah dipasang di kayu jati;
Kasih sayang tidak berpisah,
     Ibarat rambut bersimpul mati.


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bagnolettebagnoletKesenianTiadaKerudung wanita yang tegak dan berdawai mencecah anak rambut serta menutupi bahu, dipakai oleh masyarakat Barat pada abad ke-18.
hereditykebakaanPsikologiPsikologi UmumKeadaan ciri-ciri fizikal dan kemungkinan juga ciri-ciri psikologi yang diwarisi secara genetik daripada ibu bapa kepada anak-anak. Ciri-ciri tersebut disetkan apabila telur disenyawakan oleh sperma. Telur dengan 23 kromosom bergabung dengan 23 kromosom dari sperma membentuk zigot dengan 46 kromosom dengan pelbagai ciri yang diperoleh daripada ibu dan bapa. Ciri-ciri fizikal terkandung dalam kromosom berkenaan. Ciri-ciri tersebut diletakkan dalam satu kawasan yang dinamakan gen. Kebakaan juga mempengaruhi turutan pertumbuhan manusia. Melalui kebakaan ini, ciri-ciri seperti warna rambut, mata, kulit dan risiko menghidap penyakit diperturunkan daripada induk kepada anak-anak. Selain itu, kebakaan juga boleh mempengaruhi saiz badan dan bentuknya, ketinggian, kecerdasan, keupayaan fizikal, sifat personaliti dan keinginan seks.
genegenPsikologiPsikologi UmumSatu bahagian atau kawasan kecil dalam rantaian kod asid deoksiribonukleik (DNA) yang membawa maklumat untuk pertumbuhan organisma hidup yang dihasilkan melalui proses persenyawaan. Setiap individu mempunyai lebih kurang 40,000 gen bagi menentukan ciri fizikal seperti warna mata, rambut, bentuk paras rupa dan warna kulit. Terdapat juga antara ciri tersebut ditentukan oleh gen tunggal tetapi dalam kebanyakan kes, sifat manusia dikawal oleh himpunan gen atau poligen. Gen boleh bersifat dominan atau resesif. Ciri ibu atau bapa yang dikawal oleh gen dominan akan diperturunkan kepada anak-anak mereka, sementara gen resesif hanya akan muncul apabila ketiadaan gen dominan. Contohnya, dalam rabun warna, gen dominan dapat mengelakkan anak daripada dijangkiti penyakit ini. Walau bagaimanapun, sekiranya gen dominan tidak ada, maka anak tersebut akan menghidapi buta warna.
allelealelFarmasiBioteknologi FarmasiSalah satu daripada pasangan gen yang menduduki lokus yang sama pada kromosom homolog. Gen dan alternatifnya seperti H (alel dominan) dan h (alel resesif) terletak pada lokus tertentu pada setiap kromosom homolog yang berpasangan. Alel menjadi penentu sifat fizikal yang diwariskan kepada anak, seperti ketinggian, jenis rambut, warna kulit dan warna mata.
Phyllanthus emblicapokok melakaHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis pokok dalam famili Euphorbiaceae dan dikenali juga sebagai amla. Tumbuhan ini tumbuh liar di hutan tanah pamah dan hutan bukit. Daunnya jenis majmuk pinat dan mempunyai anak daun kecil berbentuk bujur. Bunganya bersaiz kecil dan berwarna kuning kehijau-hijauan. Buahnya bulat tidak bertangkai dan jenis beri. Bijinya keras, terdapat di hujung tangkai daun. Jus buahnya diminum untuk merawat batuk, jaundis dan pedih ulu hati. Daunnya dimakan untuk mengubati cirit-birit dan masalah penghadaman. Bijinya untuk mengubati lelah dan bronkitis, darah tinggi dan kencing manis. Buahnya mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi dan digunakan untuk menghitamkan dan menyihatkan rambut.
persiflagekata sendaKesusasteraanPuisiPerkataan yang dipilih dan digunakan bertujuan untuk menyampaikan amanat penyair yang mengandungi nada senda atau gurauan. Contohnya, petikan lagu "Gurindam Jiwa" dari filem Melayu lama. Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan; Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan. Anak Cina pasang lukah, Lukah dipasang di Tanjung Jati; Di dalam hati tidak dilupa, Sebagai rambut bersimpul mati. Batang selasih permainan budak, Daun selasih dimakan kuda; Bercerai kasih talak tiada, Seribu tahun kembali juga.
Down syndromesindrom DownPsikologiPsikologi UmumKecelaruan yang berpunca daripada masalah genetik atau kromosom terutama kromosom yang ke-21 yang berganda dua atau trisomi. Trisomi boleh berpunca daripada kecacatan dalam telur ibu atau sperma bapa. Punca ini juga boleh dikaitkan dengan umur perkahwinan lelaki atau perempuan. Individu yang berkahwin lewat berkemungkinan tinggi melahirkan anak sindrom Down. Individu yang mengalami sindrom Down biasanya akan mengalami kerencatan akal, di samping memperlihatkan ciri atau sifat fizikal yang serupa seperti mata senget, jari kaki tangan yang pendek dan gemuk, lidah sedikit terjulur dan rambut jarang.

Kembali ke atas