general anaesthetic | anestetik am/anestetik umum | Sains Kesihatan | Tiada | Bahan yang bertindak terhadap sistem saraf pusat dan menyebabkan kehilangan kesedaran. |
anaesthetic test | ujian anestetik | Perubatan | Tiada | Ujian untuk mengesan keberkesanan anestetik yang diberikan, biasanya untuk mengesan keberkesanan anestetik setempat. |
alveolar-to-venous anaesthetic gas gradient | cerun gas anestetik alveolus-vena | Perubatan | Tiada | Perbezaan tegangan atau tekanan separa antara gas anestetik dalam alveolus dengan gas anestetik dalam saluran darah vena. |
inhalational anaesthetic | ubat anestetik sedutan | Perubatan | Tiada | Agen anestetik yang diberikan secara sedutan seperti Halothane dan Nitrous Oxide. Agen ini biasanya diberikan berserta oksigen melalui mesin yang khusus. Jenis agen dan dos bergantung kepada keadaan pesakit dan jenis pembedahan. |
volatile anaesthetic agent | agen anestetik meruap | Perubatan | Tiada | Agen anestetik berbentuk cecair mudah meruap yang digunakan untuk menginduksi pesakit secara inhalasi dan untuk penyelenggaraan anestesia umum. Contohnya, desflurana, sevoflurana, isoflurana dan halotana. |
eutectic mixture of local anaesthetic (EMLA) cream | krim campuran eutektik anestetik setempat (EMLA) | Perubatan | Tiada | Campuran ubat anestetik setempat seperti Lignocaine (2.5%) dan Prilocaine (2.5%) dalam emulsi minyak-air. Campuran ini digunakan untuk analgesia semasa punktur vena, kanulasi vena atau arteri, suntikan epidura, pembedahan permukaan kulit dan untuk melegakan sakit tornikeut semasa anestesia intravena sebahagian. |
anaesthetist | pakar anestesia/ pakar bius | Perubatan | Tiada | 1. Doktor yang pakar dalam pemberian anestetik. 2. Orang yang ditauliahkan, biasanya jururawat, untuk memberikan anestetik. |
anaesthetist | pakar anestesia/ pakar bius | Perubatan | Tiada | 1. Doktor yang pakar dalam pemberian anestetik. 2. Orang yang ditauliahkan, biasanya jururawat, untuk memberikan anestetik. |
anaesthetist | pakar anestesia/ pakar bius | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Doktor yang pakar dalam pemberian anestetik. 2. Orang yang ditauliahkan, biasanya jururawat, untuk memberikan anestetik. |
chloroform poisoning | keracunan kloroform | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada kloroform (formula kimia, CHCI3) iaitu cecair mudah meruap yang tidak terbakar dan merupakan gas anestetik yang pertama ditemui. Walau bagaimanapun, penggunaannya sebagai anestetik telah dihentikan kerana berbahaya dan boleh menyebabkan kerosakan yang teruk pada mata. Dos parah secara pengingesan atau penyedutan adalah lebih kurang 10 mL, manakala had pendedahan ialah 10 ppm. Jumlah berlebihan boleh menghentikan pernafasan. Tanda utama keracunan ialah tidak sedar dan kegagalan pernafasan. Keracunan akut akibat penyedutan atau pengingesan menyebabkan kerangsangan diikuti dengan tidak sedar, kelumpuhan pernafasan, dan sakit jantung. Keracunan kronik akibat penyedutan ekoran anestesia berulang meningkatkan kebarangkalian kerosakan hati atau buah pinggang. Pendedahan berulang dalam industri pada aras melebihi 10 ppm boleh menyebabkan kerosakan hati. Pesakit yang mati selepas beberapa hari mungkin menunjukkan degenerasi lemak dan perubahan degeneratif lain dalam hati, jantung, da |