formic acid | asid formik | Fizik | Tiada | Tiada |
formic acid | asid formik | Kimia | Tiada | Tiada |
formate | format | Kimia | Tiada | Garam atau ester asid formik. Formula HCOO-. |
formyl | formil | Kimia | Tiada | Radikal univalen yang terhasil daripada asid formik, formula O=CH-; nama lain ialah asil. |
formic acid | asid formik | Kimia | Tiada | Asid karboksilik paling ringkas yang merupakan cecair berwasap tanpa warna, mengakis, berbau busuk, takat lebur 8.4oC, dan takat didih 100.5oC. Formula CH2O2. |
defensive secretion | rembesan pertahanan diri | Biologi | Entomologi | Bendalir berbau tajam yang dikeluarkan oleh kebanyakan spesies serangga untuk pertahanan diri, misalnya asid formik yang dikeluarkan oleh sesetengah semut. |
flat sour | masam rata | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Kerosakan makanan yang dicirikan dengan rasa masam disebabkan penghasilan asid laktik, asid formik dan asid asetik daripada fermentasi karbohidrat oleh Bacillus thermoaciduran atau Bacillus stearothermophilus. Fermentasi ini tidak menghasilkan gas dan tidak menyebabkan tin makanan menjadi kembung. Bakteria jenis termofilik ini boleh membentuk spora pada keadaan aerobik yang menyebabkan nilai pH menurun dalam julat 0.3 hingga 0.5. |
saturated fatty acid | asid lemak tepu | Veterinar | Tiada | Asid lemak yang mengandungi ikatan bon tunggal sahaja. Contohnya, asid lemak meruap yang mempunyai rantai karbon yang pendek seperti asid-asid formik (C1), asetik (C2), propionik (C3) dan butirik (C4) atau yang berantai karbon panjang seperti asid laurik (C12), palmitik (C16) dan stearik (C18). Asid yang berantai panjang mempunyai takat lebur yang tinggi melebihi 40° C dan dalam suhu bilik asid ini berada dalam bentuk beku. |
diltiazem hydrochloride | diltiazem hidroklorida | Kimia | Forensik | Formula kimia, C22H26N2O4,S.HCI; nama dagang, Cardizem. Hablur berbentuk jarum dengan takat lebur 207.5�C - 212�C. Bahan ini larut dalam air, metanol, kloroform dan asid formik, tetapi tak larut dalam benzena dan eter. Ubat ini digunakan untuk merawat angina. Penggunaannya kini dihalang kerana boleh menyebabkan denyutan jantung tak seragam, jantung tersekat, atau tekanan darah rendah. Kesan sampingannya termasuk retensi air, nadi jantung tak seragam, nadi jantung yang sangat perlahan, tekanan darah rendah, pitam, ruam, sakit kepala, dan pening. |
Coagulant | Pembeku | Pertanian | Agronomi | Bahan yang dicampurkan ke dalam satu larutan untuk menghasilkan pepejal yang terasing. Contohnya, asid asetik, iaitu cuka atau asid formik, adalah pembeku yang dicampur dengan susu getah untuk membuat pepejal getah. Setelah pepejal ini diasingkan dari air, getah ini dikeringkan. |