gale | badai | Sains Marin | Tiada | Angin yang berada dalam julat kelajuan 63-87 km/jam. Pada tahun 1986, Pusat Kajian Ribut Tropika Kebangsaan menggunakan istilah ini untuk angin ribut tropika yang berada di kawasan pantai yang berkelajuan 61-117 km/jam. Kaedah utama yang biasa digunakan untuk mengukur angin kencang ialah skala Beaufort yang mendefinisikan angin badai sebagai angin yang berada dalam julat 50-102 km/jam. Pada skala angin Beaufort, badai dikategorikan berdasarkan kod nombor seperti yang berikut: 7 (badai sederhana 32-38 batu/jam); 8 (badai baharu 39-46 batu/jam); 9 (badai kuat 47-54 batu/ jam); dan 10 (ribut/badai keseluruhan 55-63 batu/jam). Badai juga dikategorikan berdasarkan kod nombor seperti yang berikut: (0: tenang; 1: udara ringan; 2: angin tenang bahasa; 3: angin sepoi; 4: angin sederhana; 5: angin laju sederhana; 6: angin kuat; 11: ribut ganas, dan 12: ribut siklon tropika). |
gust | langkisau | Sains | Hidrometeorologi | 1. Pertambahan kelajuan angin dengan serta-merta dalam selang masa yang pendek. Ia berlaku dalam masa yang lebih pendek daripada badai, diikuti keadaan reda atau kelajuan angin yang berkurangan. Tempoh langkisau biasanya kurang daripada 20 saat. 2. (langkisau) Angin kencang seperti fohn pada siang hari di Sumatera dan kepulauan Indonesia yang lain. |
cold front | perenggan sejuk | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Perenggan yang pergerakannya menyebabkan jisim udara sejuk mengambil alih tempat udara panas. Laluan perenggan sejuk biasanya dikesan di permukaan bumi dengan kenaikan tekanan, kejatuhan suhu dan takat embun, dan dari pencongan angin. Kebanyakan perenggan sejuk akan menurunkan hujan yang mungkin tersebar 100 km hingga 200 km di hadapan atau di belakang perenggan itu. Sesetengah perenggan sejuk hanya membawa hujan diperenggan itu sendiri, dan ada juga yang tidak membawa kerpasan langsung. Petir dan sekali-skala badai jajar mungkin berlaku di perenggan ini. Cerun purata permukaan perenggan sejuk adalah lebih kurang pada nisbah 1:50. Secara purata perenggan sejuk bergerak dengan kelajuan komponen angin geostrofi seperti yang diukur tegak lurus pada perenggan. |