Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.di] | بادي

Definisi : 1. kesan buruk yg dialami oleh seseorang spt sakit (demam dsb) kerana mendekati bangkai binatang atau orang yg mati terbunuh (mengikut kepercayaan masyarakat Melayu): terkena ~ kerbau; 2. kelakuan luar biasa yg didapati pd masa dilahirkan (biasanya menyerupai sesuatu jenis binatang spt kera, anjing, dsb, mengikut kepercayaan masyarakat Melayu), kenan: budak itu mempunyai ~ kera;berbadi 1. mempunyai kelakuan yg serupa dgn, menyerupai: budak itu ~ seekor kera; 2. suka berlumba-lumba: tanamkan semangat ~ di jiwa kita utk kemajuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.di] | بادي

Definisi : kesan buruk yg dialami oleh seseorang (sakit, demam dsb) kerana mendekati mayat, bangkai, sesuatu yg dianggap keramat dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata badi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dead handbadiSejarahTiadaSesuatu yang lepas atau orang mati yang meninggalkan kesan yang buruk pada masa kini atau bagi orang yang hidup.
suseptancerentananFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanKomponen khayalan badi admitans.
prose poemsajak prosaKesusasteraanTiadaSajak berbentuk prosa, ditulis tanpa tertakluk kepada ciri-ciri puisi yang biasa, iaitu pola, irama, dan susunan baris. Sajak prosa mempunyai bentuk yang lebih longgar dan kurang teratur berbanding dengan sajak biasa. Oleh sebab itu, sajak prosa dapat memuatkan lebih banyak maklumat tentang hal-hal yang ditempuhi dalam kehidupan seharian. Sajak prosa mengandungi unsur hiburan dan pengajaran, di samping mempunyai nada yang lucu atau mencemuhkan. Dalam sastera Melayu, sajak �Proem� oleh Syed Muhammad Naquid al-Attas dalam bukunya A Commentary on the Hujjatu�l-Siddiq of Nur al-Din al-Raniri. Contoh sajak prosa ditemui dalam �The Love Song of J.Alfred Prufrock� oleh T.S. Eliot dan sajak �Lirik untuk Improvisasi Jaz� oleh Sapardi Djoko Damono. Sajak prosa dalam kesusasteraan Arab ditemui dalam Maqamat Badi� al-Zaman al-Hamdhani oleh Badi�al-Zaman al-Hamadhani.

Kembali ke atas