teaching aids | bahan bantu mengajar | Pendidikan | Tiada | Bahan yang digunakan dalam pengajaran untuk membantu guru memudahkan pembelajaran. |
differentiated instruction | pengajaran terbeza | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Strategi pengajaran yang mengambil kira keperluan dan perbezaan setiap individu yang merangkumi gaya belajar, tahap kesediaan dan kebolehan seseorang pelajar menguasai isi kandungan pelajaran. Pengajaran terbeza berlaku apabila guru menggunakan strategi, bahan bantu mengajar dan aktiviti yang khusus kepada setiap pelajar supaya mereka dapat mencapai tahap penguasaan yang ditentukan mengikut kebolehan masing-masing. |
curriculum enrichment | pengayaan kurikulum | Pendidikan | Tiada | Mempertingkat program pengajian dengan memilih atau mengadakan aktiviti terpilih seperti lawatan, penceramah jemputan, alat bantu mengajar serta bahan lain yang sesuai. |
learning resource | sumber belajar | Pendidikan | Tiada | Bahan yang boleh merangsang atau menggerakkan pembelajaran termasuk tenaga manusia, alat bantu mengajar, media, persekitaran, benda dan permainan. |