DML (declarative markup language) | DML (bahasa penanda perisytiharan) | Teknologi Maklumat | Tiada | Bahasa perisytiharan yang menanda satu unit teks seperti abstrak, tajuk dan nama pengarang. DML piawai antarabangsa ialah bahasa penanda umum piawai(SGML). Contoh DML ialah HTML. |
artificial language | bahasa buatan | Sosiolinguistik | Tiada | Bahasa yang dicipta untuk tujuan komunikasi antarabangsa, atau untuk kegunaan kumpulan atau kelas yang tinggi. |
intelligentsia | cerdik pandai | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Istilah bahasa Inggerisnya yang berasal daripada perkataan Rusia yang bermaksud ahli cendekiawan yang melibatkan diri dalam politik seperti yang berlaku di Rusia pada abad ke-19. Selepas Revolusi Rusia, istilah ini mempunyai unsur Leninisme kerana telah digunakan oleh penyokong Lenin dalam komunikasi mereka. Sinonim inteligensia. |
minority rights | hak golongan minoriti | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Hak kelompok kecil orang yang sama keturunan, agama, bahasa, dan budaya yang tinggal di sesebuah negara, daerah atau tempat yang majoriti penduduknya berlainan keturunan, agama, bahasa dan budaya. Hak golongan tersebut terbahagi kepada dua, iaitu pertama, hak normal individu seperti hak untuk hidup dan hak kepada harta, dan kedua, hak bersama. Hak bersama merangkumi hak untuk mengamalkan budaya sendiri, menganuti dan mengamalkan agama sendiri, serta menggunakan bahasa sendiri. Bagi orang kelainan upaya, hak mereka termasuklah hak mengakses kemudahan awam, informasi dan pekerjaan, serta hak mendapat pendidikan secara inklusif. Hak golongan minoriti hendaklah dijamin oleh kerajaan agar mereka terpelihara daripada diskriminasi, penganiayaan dan penindasan. Hak golongan minoriti ada disentuh oleh Waad Antarabangsa Hak Sivil dan Politik 1966. |
racial discrimination | diskriminasi ras | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Tindakan membeza-bezakan individu atau kumpulan individu yang lain kerana prasangka terhadap ciri fizikal, budaya, bahasa dan agama individu atau kumpulan individu tersebut. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, peruntukan undang-undang mengenai diskriminasi ras terkandung dalam Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Ras 1965. Konvensyen tersebut mentakrifkan diskriminasi ras sebagai pembezaan, pengecualian, kekangan atau tindakan memberi kelebihan kerana ras, warna, keturunan atau asal-usul dengan tujuan atau kesan yang menidakkan atau mencacatkan pengiktirafan, penikmatan dan pelaksanaan hak dan kebebasan asasi dalam aspek politik, ekonomi, sosial, budaya dan kehidupan awam lain secara saksama. Walau bagaimanapun, konvensyen ini tidak terpakai kepada perbezaan layanan yang diberikan antara warganegara dan bukan warganegara. Diskriminasi ras juga tidak mencakupi langkah khas yang memberikan kelebihan kepada ras atau etnik tertentu yang memerlukan perlindun |
diplomatic correspondent | koresponden diplomatik | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Pihak yang terlibat dalam membuat liputan tentang hal ehwal luar negeri, seperti acara persidangan antarabangsa. Pihak ini termasuklah wartawan dan penyelidik yang membuat kajian secara mendalam. Hasil kerja mereka selalunya dihormati oleh anggota masyarakat hal-ehwal luar negeri. Koresponden diplomatik biasanya pakar dan fasih dalam bahasa yang digunakan oleh diplomat, dan mempunyai hubungan dalam lingkaran diplomat. Koresponden diplomatik bebas untuk menulis ideologi peribadi mereka sendiri dalam membuat tafsiran dan laporan. Mereka memperoleh maklumat daripada sumber yang percayai dalam sesebuah kementerian luar negeri. |
Big Five | Lima Kuasa Besar | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Lima negara kuasa besar dunia selepas Perang Dunia Kedua. Amerika Syarikat, Rusia, Britain, Perancis dan China adalah merupakan lima negara yang mempunyai kuasa veto di Majlis Keselamatan PBB. Bahasa kesemua negara tersebut turut diterima untuk menjadi bahasa rasmi dalam urusan PBB. Contohnya, Amerika Syarikat menggunakan kuasa veto apabila PBB menyekat penindasan Israel terhadap Palestin. |
CCITT (Consultative Committee on International Telegraphy and Telephony ) | CCITT (Jawatankuasa Perundingan Telefon dan Telegraf Antarabangsa) | Teknologi Maklumat | Tiada | Berasal daripada singkatan bahasa Perancis, iaitu Comite Consultatif International de Telegraphique et Telephonique. Organisasi ini berpusat di Geneva, Switzerland dan mencadangkan penggunaan piawai komunikasi yang dikenali di seluruh dunia. Juga dikenali sebagai International Telegraph and Telephone Consultative Committee. |
irredentism | fahaman iredenta | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Fahaman yang lahir daripada pengasingan wilayah yang beretnik Itali dari Itali pada tahun 1870. Fahaman ini kemudiannya digunakan untuk merujuk kepada pergerakan dan aspirasi yang ingin mengambil semula wilayah yang dipercayai telah diasingkan walaupun wilayah tersebut mempunyai persamaan dari segi etnik dan bahasa. |
pacta sunt servanda | pacta sunt servanda | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Prinsip yang menyatakan bahawa perjanjian atau triti yang diasaskan atas persetujuan pihak-pihak yang mengikat perjanjian perlu dilaksanakan dengan suci hati. Sekiranya satu pihak melanggar perjanjian tersebut, maka pihak berkenaan perlu bertanggungjawab. Dalam hal ini, pihak lain boleh membuat tuntutan terhadap pihak yang melakukan perlanggaran tersebut. Prinsip pacta sunt servanda merupakan sebab yang menjadikan triti sebagai suatu sumber perundangan yang mengikat dalam undang-undang antarabangsa. Istilah ini berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud �janji hendaklah ditepati�. |