pecten | pekten | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. Struktur yang menyerupai balung. 2. Cuaran pada permukaan retina dalam yang terdapat pada reptila, tetapi pada burung cuaran ini menjulur ke dalam plat segi empat sama yang berlipat. 3. Rabung ramus superior os pubis. 4. Bahagian salur dubur yang terletak di antara sfinkter dalam dengan injap dubur. 5. Bahagian organ gesek pada labah-labah. 6. Apendaj abdomen deria kala jengking. 7. Bahagian sterigmata yang menyerupai balung. 8. Satu daripada jenis skalop. |
cockade structure | struktur balung | Geologi | Tiada | 1. Gelang-gelang sepusat daripada sulfida-sulfida yang berbeza yang mengelilingi kepungan.,2. Digunakan untuk kerak-kerak daripada mineral-mineral berbeza yang berturutan yang termendap di atas serpihan breksia di dalam telerang. |
comb | kom; balung; rusuk; sikat;berus sikat | Kesenian | Tiada | 1. Berus sikat: Berus yang bentuknya seperti sikat dan berfungsi seperti berus cat. |