opposition | bangkangan | Sejarah | Tiada | Tiada |
non-repudiation of origin | tiada bangkangan asal | Teknologi Maklumat | Tiada | Penerima data diberikan bukti dari mana data itu dihantar. Ini untuk mengesan data dihantar oleh orang yang tidak sepatutnya seperti penyamar. |
non-repudiation of delivery | tiada bangkangan penghantaran | Teknologi Maklumat | Tiada | Penghantar data diberikan bukti data dihantar memang kepada penerima yang sepatutnya. |
objection | bantahan | Sukan | Tiada | Bangkangan semasa permainan atau selepas permainan. |
League of Nations | Liga Bangsa | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Perang Dunia Pertama oleh kuasa yang menang dalam peperangan tersebut semasa Persidangan Keamanan Paris. Great Britain dan Perancis kekal menjadi anggota pertubuhan ini sehingga dibubarkan, manakala anggota lain seperti Jerman, Kesatuan Soviet, Jepun dan Itali sama ada lewat menyertai pertubuhan ini atau menarik diri selepas beberapa waktu. Walaupun Presiden Amerika Syarikat, Woodrow Wilson merupakan penyokong kuat penubuhan organisasi ini, negara tersebut tidak menjadi anggota kerana bangkangan daripada senatnya. Selama kewujudannya, pertubuhan ini tidak berjaya menghalang pencerobohan dan kekejaman daripada terus berleluasa disebabkan ketiadaan komitmen dalam kalangan anggotanya. Antara kegagalan pertubuhan ini dalam menjaga keamanan dunia ialah penaklukan Jepun ke atas Manchuria (1931) dan penaklukan Itali terhadap Abyssinia (1935). Pertubuhan ini akhirnya telah digantikan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). |
non-violence | tanpa kekerasan | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Strategi politik yang digunakan oleh pihak tertentu bertujuan untuk membangkang penggunaan kekerasan oleh kerajaan. Strategi ini biasanya melibatkan demonstrasi atau tunjuk perasaan secara aman. Mahatma Gandhi terkenal dengan strategi tanpa kekerasan dalam pergerakan kebangsaan India. Ramai ahli politik mendapat inspirasi daripada perjuangan Gandhi dan menggunakan cara tanpa kekerasan dalam bangkangan politik mereka. |