alien | orang asing | Sains Politik | Politik Perbandingan | Individu Iuar yang memasuki sebuah masyarakat yang mempunyai agama, bahasa dan budaya yang berbeza dengan masyarakat asalnya. Kemasukan individu ini biasanya bertujuan ekonomi seperti bekerja sebagai buruh atau peniaga. Perbezaan yang wujud antara individu dengan masyarakat ini menyebabkan mereka terasing atau sukar diterima dalam masyarakat tersebut. Kesan kemasukan orang asing ini sering menimbulkan konflik sosial dan ekonomi terhadap masyarakat tersebut. Contohnya, kebanjiran pendatang Bangladesh di Malaysia. |
supranationalism | supranasionalisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Semangat nasionalisme yang melangkaui sehingga luar kawasan negara asal. Semangat nasionalisme biasanya bersifat kecintaan rakyat terhadap negaranya sahaja, namun dalam konteks supranasionalisme, semangat itu mencapai hingga ke peringkat luar wilayah sama ada wilayah bekas penjajahnya atau wilayah yang berdekatan dengan negaranya. Contohnya, nasionalisme rakyat India tidak terbatas kepada pembinaan identiti dan cinta kepada negaranya tetapi menjangkau kepada benua kecil India seperti Nepal, Pakistan, Bangladesh dan sebagainya. |
hartal | hartal | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan melumpuhkan semua aktiviti kerja seperti mengadakan mogok oleh pekerja perusahaan atau kakitangan kerajaan, menutup kedai oleh pemiliknya, ponteng sekolah atau universiti oleh pelajar dan pemberhentian semua transaksi pemiagaan seperti bank, saham, insurans dan sebagainya. Dengan tindakan ini, industri dan pengeluaran negara menjadi lumpuh serta memberi implikasi bahawa kerajaan yang sedang memerintah tidak mendapat sokongan dan didesak untuk meletakkan jawatan. Tindakan ini biasanya dilakukan di Asia Selatan terutama di India, Sri Lanka dan Bangladesh. Contohnya, tindakan melumpuhkan pentadbiran British oleh gerakan menuntut kemerdekaan India di bawah pimpinan Mahatma Gandhi. |