baru | baru | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi Hibiscus spp. dan Thespsia spp. daripada famili Malvaceae. Nama tempatan lain di Semananjung termasuk baru-baru, bebaru, bangsar dan tutor, dan di Sabah ialai baru laut. Spesies utama kayu ini ialah Hibicus floccusses, H. Maerophyllus, H. Tiliaceus, dan Thespesia populea. Warna gubal kayu baru berbeza-beza daripada putih hingga kuning muda, dan sukar dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna kuning hingga merah coklat. Tekstur kayunya halus hingga agak kasar dan sekata dengan ira yang lurus, bersimpul atau berpintal. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 450 hingga 625kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut hingga sederhana keras, dan yang ringan hingga sederhana berat. |
new mythology | mitologi baru | Kesusasteraan | Tiada | Penggunaan mitos dan fantasi dalam fiksyen sains. Penggunaan mitos ini tanpa mengambil kira sama ada mitos (mitologi) baru atau tidak. Untuk kesignifikanan mitos baru ini, pengarang sains fiksyen mendakwa bahawa sains fiksyen menerapkan pola-pola mitos silam dalam menstrukturkan teksnya. Pengarang sains fiksyen juga menuntut agar tema sains fiksyen yang popular dan diulang-ulang boleh dianggap sebagai mitos baru bagi sesuatu masyarakat. |
best-effort underwriting | penajajaminan usaha terbaik | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Satu cara penajajaminan sesuatu sekuriti terbitan baru, dengan bank pelaburan bersetuju mengagihkan tawaran baru ini dengan harga dan jumlah jualan yang terbaik dengan komisen. |
biotic succession | sesaran biotik | Biologi | Ekologi | Sesaran yang berlaku akibat penggantian semula jadi satu organisma atau sekumpulan organisma di sesuatu habitat yang spesifik, oleh satu kumpulan organisma yang baru. Kumpulan yang baru ini lebih terubahsuai terhadap habitat tersebut berbanding dengan kumpulan yang lama. |
binalig | binalig | Muzik | Tiada | Mod irama, iaitu corak dan tempo rentak yang dimainkan dalam muzik kulintang gaya baru di Magindanao, Filipina Selatan. Gaya baru ini menekankan improvisasi yang cepat oleh pemain kulintang, agung dan gandingan. |
reinventing government | penciptaan semula kerajaan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Satu projek dalam pembaharuan pentadbiran yang membawa pendekatan baru yang lebih mengutamakan unsur-unsur keusahawanan, kecekapan dan keberkesanan. Konsep ini telah dikemukakan oleh David Osborne dan Ted Gaebler yang menekankan kepada pentadbiran kerajaan baru yang boleh diadaptasi dan kemudian mendapat sambutan dan kepercayaan rakyat. Kerajaan baru ini mestilah berupaya menjadi sebuah kerajaan yang berkualiti tinggi, dapat menawarkan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan, memberikan lebih insentif berbanding arahan kepada pekerja, lebih peka kepada persekitaran dan yang lebih utama ialah membentuk sikap keusahawanan dalam pentadbiran. Konsep ini menolak model pentadbiran konvensional yang memberi penekanan kepada hierarki kerja. Perkara yang perlu diberi tumpuan oleh kerajaan baru ini adalah dengan memberikan kuasa kepada komuniti untuk menjalankan sesuatu program, berpandukan misi dan bukannya peraturan, menggalakkan persaingan dan bukannya monopoli, melaksanakan desentralisasi kuasa, mengurangk |
variant | varian | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Jenis virus berlainan yang dibangunkan berasaskan kod atur cara, fungsi, atau kemudahan yang dibawa oleh virus asal. Virus asal diubah suai supaya virus baru ini lebih sukar dikesan, lebih cepat merebak atau lebih berbahaya. |
e-business | e-niaga | Pentadbiran | Tiada | Pendekatan atau bentuk perniagaan yang berteraskan teknologi moden secara elektronik. Pendekatan baru ini menggunakan internet sebagai medium perantara dalam urusan perniagaan seperti pemasaran dan pengiklanan produk, perkhidmatan, artikel, berita dan sebagainya. Contohya, syarikat yang menggunakan pendekatan e-niaga akan mewujudkan laman web tersendiri untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka dan boleh dilayari oleh masyarakat di seluruh dunia. Pendekatan ini merupakan kaedah perniagaan yang cukup efisien dan interaktif dengan kos yang paling minimum. |
fluid shear nucleation | penukleusan ricih bendalir | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penukleusan sekunder dengan hablur baru kelihatan terbentuk apabila larutan tepu lampau mengalir melewati permukaan hablur yang sedang membesar pada halaju yang agak tinggi dengan tegasan ricih bendalir di dalam lapisan sempadan memisahkan embrio atau nukleus pada permukaan hablur. Hablur baru kelihatan terbentuk daripada embrio atau nukleus baru ini. |
new journalism | jurnalisme baru | Kesusasteraan | Tiada | Gaya penulisan yang melibatkan gabungan kaedah penulisan kewartawanan dengan kesusasteraan. Istilah ini telah diperkenalkan oleh Tom Wolfe sekitar tahun 1960-an melalui karyanya yang berjudul The New Journalism. Penulisan jurnalisme baru menghasilkan ciri-ciri penulisan yang bersifat faktual dan kreatif, mementingkan unsur-unsur kebenaran peristiwa, kekuatan daya imaginasi, dan kehalusan bahasa. Gaya penulisan jurnalisme baru memberi manfaat kepada kedua-dua bidang ilmu, sama ada kewartawanan atau kesusasteraan, khususnya dalam usaha melahirkan suatu bentuk hasil tulisan yang mementingkan kebenaran fakta secara halus dan indah. Dalam sejarah kesusasteraan Melayu, gaya penulisan jurnalisme baru telah bermula pada akhir abad ke-19, antaranya melalui karya tulisan Abdullah Munshi yang berjudul Hikayat Pelayaran Abdullah Munshi ke Kelantan. Pada dekad kemudian, gaya penulisan jurnalisme baru dapat dilihat dalam novel Abdullah Hussain seperti Rantau Selamat (1962), Terjebak (1965), Peristiwa (1965), dan Aku Tidak |