batik lasam | batik lasam | Kesenian | Seni Batik | Batik atau kain batik yang mempunyai tiga warna khusus, iaitu coklat, hitam, dan satu warna pilihan lain, di samping putih, iaitu warna asal kain dan dihasilkan dengan menggunakan blok lilin (sarang) dan direbus sebanyak dua kali. Biasanya, batik berupa batik sarung. |
batik blok-lilin | batik blok-lilin | Kesenian | Seni Batik | Batik, terutama batik sarung yang dihasilkan dengan menggunakan blok-lilin. batik pukul lilin. |
batik tulis | batik tulis | Kesenian | Seni Batik | Batik atau kain batik yang bercorak bebas yang dihasilkan dengan mencanting dan menconteng. batik canting. |
batik stensil-siap | batik stensil-siap | Kesenian | Seni Batik | Batik atau kain batik yang warna corak di sebelah luarnya kelihatan lebih jelas daripada yang di sebelah dalamnya yang dihasilkan dengan menggunakan stensil-siap tanpa menggunakan lilin. batik stensil sudah selalu. |
batik ela | batik ela | Kesenian | Seni Batik | Kain batik yang dihasilkan dengan menggunakan blok lilin, pada kain yang berela-ela panjangnya dan bergulung, dan bercorak motif yang bebas. Warnanya pula sama ada satu warna atau lebih, bergantung pada coraknya. Kegunaan batik ini luas. |
batik canting | batik canting | Kesenian | Seni Batik | lih. Batik tulis. |
batik lasem | batik lasem | Kesenian | Seni Batik | lih. batik lasam. |
batik sarung | batik sarung | Kesenian | Seni Batik | Kain batik yang mempunyai kepala bercorak pucuk rebung, tubuh, kapit, tepi gigi dan gunung (tepi), dan berukuran 2.1 meter (2� ela) panjang yang dihasilkan dengan menggunakan blok lilin, blok stensil atau stensil siap. |
batik pukul lilin | batik pukul lilin | Kesenian | Seni Batik | lih. batik blok-lilin. |
batik stensil-lilin | batik stensil-lilin | Kesenian | Seni Batik | Kain batik yang warna corak di sebelah luarnya sama jelas dengan di sebelah dalamnya, dan dihasilkan dengan menggunakan stensil-lilin. |