Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baucer


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
internal auditaudit dalamanPentadbiranPentadbiran Awam

Pemeriksaan terhadap keperluan dan kesahihan segala perbelanjaan yang dilakukan dalam sesuatu organisasi bertujuan untuk menilai kecekapan dan kebolehpercayaan bahagian perakaunan organisasi tersebut. Bahagian yang sering menerima audit dalaman ialah bahagian pentadbiran yang melibatkan penyemakan segala perbelanjaan dan penggunaan barangan pejabat. Dalam pengauditan dalaman, semua baucer, invois dan dokumen lain diperiksa ketepatan dan kesahihannya sebelum dibayar atau direkod secara rasmi.

Good Agricultural Practices (GAP)Amalan Pertanian Baik (GAP)HerbaTiadaGaris panduan berkaitan dengan amalan dan prosedur yang perlu dilakukan untuk penanaman herba. Panduan ini penting untuk tujuan rekod dan dokumentasi data dan maklumat semasa penanaman bahan herba tersebut. Aspek yang terangkum dalam panduan ini termasuk pengenalpastian tanaman herba (pemilihan spesies herba yang betul, penentuan identiti botani dan penyediaan spesimen baucer), kaedah, peralatan dan bahan penanaman (pemilihan kawasan yang sesuai dari segi persekitaran ekologi dan kesan sosial, cuaca, jenis tanah, sistem pengairan, penyelenggaraan dan pengawalan terhadap makhluk perosak), penuaian dan personel. GAP ini merupakan langkah pertama dalam proses jaminan kualiti untuk memastikan penghasilan bahan herba yang berkualiti tinggi dan produk herba yang selamat dan berkesan. Amalan ini juga dapat mengawal sumber semula jadi herba untuk kegunaan berterusan. Sinonim GAP.

Kembali ke atas