bayur | bayur | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawainya bagi kayu Pterospermum spp. daripada famili Sterculiaceae. Spesies utama kayu ini ialah Pterospermum diversifolium, P. jackianum, P. javanicum, dan P. stapfianum. Gubal kayu bayur mempunyai julat warna putih krim dan kuning coklat, dan berubah menjadi merah coklat pada teras kayunya. Tekstur kayunya agak kasar dengan ira yang lurus dan agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 385 hingga 705 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu lembut hingga sederhana keras. Kayu bayur tidak mempunyai ketahanan semula jadi yang baik, dan mudah diserang serangga dan kulat. Kayu ini mengering dengan cepat tanpa kecacatan yang teruk, kecuali pewarna gubal. Kayu ini digunakan untuk lantai, hulu peralatan, perabot, kemasan dalaman, dan struktur binaan sementara. |
daun sulur bayur | daun sulur bayur | Kesenian | Tiada | Motif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk pokok daun sulur bayur. |
bayur bukit | bayur bukit | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi pokok dan kayu Schoutenia spp. daripada famili Tiliaceae, tetapi hanya satu spesies sahaja yang boleh mempunyai saiz balak, iaitu Schoutenia accrescens. Kayu ini biasanya berwarna berwarna coklat kelabu keunguan, dan sukar dibezakan antara gubal dan teras kayunya. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang bersimpul. Kayu bayur bukit mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 945 hingga 995 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang amat keras dan amat berat. |