Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~ of a, teruk: that ~ of an overseer ordered me to work extra hours, mandur yg teruk itu menyuruh saya bekerja lebih masa; it’s a ~ of a job!, teruk betul kerja ini!; the ~, sifat /kehaiwanan, kebinatangan/. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. any animal esp large, dangerous quadruped, haiwan, binatang: to behave like a ~, berperangai spt binatang; wild ~, binatang liar; ~ of burden, binatang beban; ~ of prey, /haiwan, binatang/ pemangsa; 2. brutal, despicable person, binatang: don’t touch me, you ~!, jangan sentuh aku, binatang!; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beast


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
beast story/beast fablecerita binatangKesusasteraanTiadaCerita yang mengisahkan watak binatang dengan tingkah laku, perasaan dan motif seperti manusia serta lazimnya mempunyai nilai pengajaran.
beast epicepik binatangKesusasteraanTiadaBentuk cerita binatang, yang mengandungi banyak episod dan berpusat pada satu binatang atau satu watak binatang tertentu.
beast storycerita binatangKesusasteraanTiadaCerita rakyat yang dikenali juga sebagai cerita mergastua. Biasanya pendek dan watak-wataknya terdiri daripada binatang-binatang yang diberikan sifat manusia, diberi akal, boleh bercakap dan sebagainya.
beast of burdenhaiwan tenagaGeografiTiadaTiada
beast fablefabel binatangKesusasteraanTiadaBentuk karya sastera rakyat yang terawal dan penting yang mengisahkan alam kehidupan binatang. Cerita yang dipaparkan biasanya pendek dan melibatkan binatang seperti burung, arnab, kera, musang, anjing dan lain-lainnya. Binatang tersebut digambarkan memiliki sifat-sifat manusia biasa. Umumnya, fabel binatang memiliki plot yang ringkas dengan tema bersifat pengajaran. Cerita tersebut berfungsi sebagai hiburan dan pendidikan moral kepada kanak-kanak. Ada kalanya unsur pendidikan moral disampaikan secara sindiran atau kiasan. Fabel binatang wujud dan berkembang dalam hampir semua tradisi sastera di dunia, sama ada di India, Arab, Parsi, Eropah, China, Jepun dan lain-lain. Fabel binatang dalam masyarakat Inggeris misalnya terkenal dengan cerita-cerita yang berkaitan dengan arnab, serigala, burung, kuda, beruang dan anjing. Salah satu contoh yang baik ialah koleksi fabel binatang dalam karya Chaucer berjudu The Nun�s Priest�s Tale. Cerita binatang yang terkenal dalam kesusasteraan Arab dan Parsi ialah Kalilah
musical comedykomedi muzikalKesusasteraanTiadaBentuk persembahan teater hiburan yang menggabungkan dialog, muzik, lagu dan tarian. Komedi muzikal menggunakan plot yang romantik dan memasukkan unsur burlesque dan satira. Kejayaan komedi muzikal bergantung pada lagu dan pementasan yang mengkagumkan. Komedi ini berasal daripada voudeville, iaitu bentuk persembahan teater yang bersifat kasar dan riuh rendah. Pada awalnya, komedi muzikal dikenali sebagai opera balada dan opera komik. Bentuk persembahan komedi ini berkembang dan menjadi popular di England dan Amerika pada awal kurun ke-20. Persembahan komedi muzikal yang terkenal ialah Hello Dolly, Fiddler on the Roof, dan My Fair Lady manakala komedi yang terbaharu ialah Cats, Miss Saigon, Les Miserables dan The Beauty and The Beast. Contoh tempatan ialah P. Ramlee: The Musical. Lihat juga burlesque, satira.

Kembali ke atas