Eurycoma longifolia | Tongkat ali, pasak bumi, setunjang bumi, bedara pahit | Pertanian | Tiada | Tumbuhan daripada famili Simaroubaceae, dikenali sebagai pasak bumi, setunjang bumi dan bedara pahit. Pokoknya bersaiz sederhana dan mempunyai daun majmuk pinat. Jambak bunganya terjuntai ke bawah dengan bunga kecil berwarna merah jambu dan buah berbentuk bujur (ellipsoid). Sebatian kimia utamanya ialah eurikomanon, eurikomanol dan eurikomalakton terutamanya di bahagian akar. Tumbuhan ini hidup di hutan tanah pamah hingga hutan bukit. Akarnya digunakan sebagai tonik, afrodisiak (merangsang seks), mengubati demam, mengurangkan tekanan darah tinggi, merawat sakit tulang, sakit kuning, cirit-birit, cirit berdarah, masalah penghadaman makanan, ubat cacing, ketegangan otot dan berpotensi merawat barah. Batangnya pula digunakan untuk merawat demam malaria dan kecacingan. |
Eurycoma longifolia | tongkat ali | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan daripada famili Simaroubaceae yang dikenali juga sebagai pasak bumi, setunjang bumi dan bedara pahit. Pokoknya bersaiz sederhana dan mempunyai daun majmuk pinat. Jambak bunganya terjuntai ke bawah dengan bunga kecil berwarna merah jambu dan buah berbentuk bujur. Sebatian kimia utamanya ialah eurikomanon, eurikomanol dan eurikomalakton terutama di bahagian akar. Tumbuhan ini hidup di hutan tanah pamah hingga hutan bukit. Akarnya digunakan sebagai tonik, afrodisiak, mengubati demam, mengurangkan tekanan darah tinggi, merawat sakit tulang, sakit kuning, cirit-birit, cirit-birit berdarah, masalah penghadaman, ubat cacing, ketegangan otot dan berpotensi merawat barah. Batangnya pula digunakan untuk merawat demam malaria dan kecacingan. |
Local name | Nama tempatan | Pertanian | Tiada | Nama tumbuhan yang dikenali oleh masyarakat setempat seperti kampung, daerah, negeri dan negara. Tumbuhan juga boleh mempunyai satu atau lebih nama tempatan. Contohnya Tongkat ali (Eurycoma longifolia) juga dikenali sebagai setunjang bumi (Terengganu), bedara pahit, tongkat baginda dan pasak bumi (Malaysia dan Indonesia). Terdapat juga satu nama tempatan yang gunakan oleh lebih daripada satu jenis pokok. Contohnya tongkat ali hitam (Polyalthia bullata dan Eurycoma apiculata). |
local name | nama tempatan | Herba | Botani dan Bioteknologi | Nama tumbuhan yang dikenali oleh masyarakat setempat seperti kampung, daerah, negeri dan negara. Tumbuhan juga boleh mempunyai satu atau lebih nama tempatan. Contohnya, tongkat ali (Eurycoma longifolia) juga dikenali sebagai setunjang bumi (Terengganu), bedara pahit, tongkat baginda dan pasak bumi (Malaysia dan Indonesia). Terdapat juga satu nama tempatan yang digunakan oleh lebih daripada satu jenis pokok. Contohnya, tongkat ali hitam (Polyalthia bullata dan Eurycoma apiculata). |