plastic bag silo | silo beg plastik | Veterinar | Tiada | Beg plastik berbentuk tiub yang digunakan untuk menyimpan foraj dalam pembuatan silaj. Beg plastik ini mestilah tebal dan kuat supaya udara atau gas tidak mudah keluar masuk atau mudah terkoyak. Hal ini perlu supaya keadaan anaerobik dapat diwujudkan bagi menghasilkan silaj yang berkualiti. |
polybeg | polibeg | Landskap | Tiada | Lihat beg plastik. |
polybeg | beg plastik | Landskap | Tiada | Beg yang diperbuat daripada plastik berwarna dan digunakan sebagai bekas tanaman sementara di semaian. Sinonim polibeg. |
blowing extrusion | penyemperitan hembus | Kejuruteraan | Polimer | Proses yang menghasilkan barangan yang berasaskan saput seperti beg plastik. |
ziplock bag | beg zip kedap | Pengurusan | Tiada | Sejenis beg plastik yang boleh ditutup dan dibuka semula bagi memastikan kekedapannya. |
pastry bag | beg pastri | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kain atau beg plastik berbentuk kon dengan hujungnya terbuka dan disumbat dengan acuan tiub berbagai bentuk untuk menghias aising, krim putar dan doh lembut. |
blown film extrusion | penyemperitan filem tiupan | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Proses menghasilkan filem plastik dengan cara meniupkan udara ke dalam leburan plastik yang disemperitkan untuk menghasilkan lapisan plastik yang nipis, contohnya dalam pembuatan botol dan beg plastik. |
silo | silo | Veterinar | Tiada | 1. Tempat menyimpan makanan ternakan sebelum diproses untuk dijadikan sebatian makanan. Di dalam tempat ini, bahan-bahan mentah untuk membuat makanan akan disimpan secara berasingan. Bahan yang digunakan dalam kuantiti yang banyak seperti jagung dan kacang soya disimpan dalam silo berbentuk menara. 2. Tempat untuk membuat dan menyimpan silaj yang berbentuk parit, kekubu, beg plastik atau tong dram. |
system walking | jalan bersistem | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Satu bentuk survei permukaan tanah yang menggunakan kaedah berjalan kaki. Kawasan survei ditentukan keluasannya dan ditandai dengan grid. Satu kumpulan penyelidik akan bergerak secara serentak dari satu sudut ke sudut yang lain sambil memerhatikan tinggalan di atas permukaan tanah dan ditandai dengan menggunakan pancang atau bendera dan diplotkan ke dalam buku graf. Jarak diambil berdasarkan grid yang sedia ada. Artifak yang ditemui akan dimasukkan ke dalam beg plastik dan ditulis dengan data maklumat yang lengkap. |
plastic industry | industri plastik | Ekonomi | Tiada | Industri yang mengeluarkan bahan plastik dan keluaran daripada plastik seperti pinggan mangkuk dan peralatan dapur, komponen enjin, perabot, kasut, tiub dan botol, tetapi tidak termasuk barang mainan, langsir dan lapik meja, barang sukan, beg, dan fail. |