Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bé.ha.vio.ris.me] | بيهاۏيوريسمى

Definisi : (béhaviorisme) doktrin yg menekankan bahawa satu-satunya cara yg sah utk mengkaji psikologi manusia atau haiwan adalah dgn memerhatikan tingkah lakunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata behaviorisme


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
behaviourismbehaviorismePentadbiranTiadaLihat faham tingkah laku.
behaviorismbehaviorismePerubatanTiadaFahaman psikologi yang menekankan pengamatan dan analisis tentang tingkah laku manusia atau haiwan secara objektif.
feedback learningpembelajaran maklum balasPendidikanTiadaKonsep penting yang mendasari teori behaviorisme iaitu pembelajaran seseorang berlaku hasil daripada pengalaman dan tingkah laku mereka yang lalu.
behavioural therapyterapi tingkah lakuPerubatanPsikiatriRawatan yang digunakan untuk mengubah tingkah laku yang tidak diingini kepada tingkah laku yang baharu berdasarkan andaian Teori Behaviorisme.
behavioural therapyterapi tingkah lakuPendidikanTiadaTerapi yang digunakan untuk mengubah tingkah laku yang tidak diingini kepada bentuk tingkah laku yang baharu berdasarkan andaian teori behaviorisme.
behaviourismfaham tingkah lakuPentadbiranTiadaAliran yang berpegang pada teori tingkah laku. Aliran ini percaya bahawa masyarakat memiliki pola tingkah laku yang boleh diperhati dan dianalisis secara saintifik. Sinonim behaviorisme. Lihat juga teori tingkah laku.

Kembali ke atas