Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benci;

Puisi
 

Pohon geti bunga serangkul,
     Ambil galah tergawang-gawang;
Kalau benci khabarlah betul,
     Tidaklah kami berulang-ulang.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Berulat mata melihat.

Bermaksud :

Sangat benci. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai melihat ulat).

 

Lihat selanjutnya...(7)

476

When poverty comes in at the door, love flies out of the window

Apabila timbul masalah kewangan, perasaan kasih pada seseorang itu mulai lenyap.

Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang.

She told me that nothing would come between me and her. But, we wereoff then. When my money ran dry, the sweet smile which used to greet me when I came back from work now turned sour. Who said that when poverty comes in at the door, love flies out of the window? Even the pots and pans started to fly out from every windows and door!

Katanya, tiada apa yang dapat memisahkan kami berdua. Itu dahulu tatkala kami hidup mewah. Apabila kocekku mula kering, senyuman manis yang selama ini menyambut kepulanganku kini berubah menjadi cuka. Kasih menjadi benci. Kami bertengkar setiap hari. Siapa kata, ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang? Periuk belanga pun turut sekali terbang melayang keluar tingkap dan pintu!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hate crimejenayah benciKriminologiKeadilan JenayahJenayah yang bersifat prejudis dan didorong oleh perasaan benci yang menyasarkan seseorang kerana individu tersebut dikaitkan dengan sesuatu bangsa, agama, orientasi seksual, ideologi atau kumpulan sosial. Contohnya, mangsa yang dibunuh kerana perasaan benci pelaku jenayah akibat keterlibatan aktif mangsa dalam mana-mana kumpulan sosial.
angermarahPerubatanTiadaPerasaan benci, dendam, kecewa, hampa dan sebagainya yang mungkin mencetuskan pergaduhan dan permusuhan. Keadaan ini boleh dirawat dengan kaunseling atau ubat.
angermarahKejururawatanTiadaPerasaan benci, dendam, kecewa, hampa dan sebagainya yang mungkin mencetuskan pergaduhan dan permusuhan. Keadaan ini boleh dirawat dengan kaunseling atau ubat.
androphobiaandrofobiaPerubatanTiadaPerasaan tidak suka atau benci kepada lelaki.
xenophobiaxenofobiaSains PolitikPolitik PerbandinganSikap tidak suka, benci atau takut kepada kaum lain selain kaumnya sendiri. Sikap ini menganggap individu dari kaum lain sebagai sangat asing, tidak sebaik kaumnya, tidak harus dihormati malah dibenci. Sikap ini membawa kepada hubungan yang tidak baik antara kelompok. Sifat ini juga mendorong kepada amalan tidak bertoleransi, diskriminasi, eksploitasi dan segregasi. Sikap ini menggambarkan fikiran yang tertutup dan jumud. Contohnya, pandangan orang Jerman terhadap orang Yahudi awal abad ke-20 dan orang kulit putih terhadap orang kulit hitam di Afrika pada era Aparteid.
ambivalenceambivalensPerubatanTiadaMempunyai dua sikap yang bercanggah, seperti cinta dan benci terhadap seseorang atau sesuatu objek.
intergroup conflictkonflik antara kelompokPsikologiPsikologi UmumKonflik yang wujud antara kelompok apabila satu kelompok menanam perasaan benci dan prejudis terhadap kelompok lain. Antara kepercayaan negatif yang boleh mewujudkan kebencian terhadap kelompok lain ialah superioriti, ketidakadilan, kerapuhan hubungan dan saling tidak mempercayai. Contohnya, jika individu dalam satu-satu kelompok terasa dieksploitasi secara tidak adil, ditindas, dihina atau diancam akan berkemungkinan menyebabkan konflik yang membawa kepada permusuhan.
ambivalenceambivalensJururawatKejururawatan Klinikal

 Kehadiran emosi yang bercanggah terhadap sesuatu objek. Sekiranya perasaan menjadi melampau akan menjurus kepada gangguan psikologi. Contohnya, benci dan sayang kepada se-seorang.

paradoxparadoksKesusasteraanPuisiGaya bahasa yang hampir sama dengan ironi. Bahasa yang digunakan bertentangan atau begitu asing dengan kenyataan sebenar meskipun maknanya betul. Contohnya, 'benci tetapi rindu'.
emotionperasaanKesusasteraanPuisiKesan perasaan dalam puisi yang timbul daripada sifat pemilihan serta penyusunan perkataan, ungkapan dan ayat dalam baris-barisnya. Antara perasaan yang dimaksudkan itu ialah suka, bangga, simpati, sedih, marah dan benci. Sinonim emosi.
12

Kembali ke atas