benzoin | benzoin | Perubatan | Tiada | Resin yang mengandungi asid benzoik yang diperoleh daripada pokok genus Styrax, khasnya Styrax benzoin, dan digunakan dalam salap, minyak wangi, dan sebagainya. |
benzoin | benzoin | Kimia | Tiada | Resin yang mengandungi asid benzoik yang diperoleh daripada pokok genus Styrax, khasnya Styrax benzoin, dan digunakan dalam salap, minyak wangi, dan sebagainya. |
benzoin | benzoin | Perhutanan | Tiada | Tiada |
benzoin | benzoin | Kimia | Tiada | Tiada |
benzoin oil-fruit (Elaeocarpus stipularis) | buah medang api (Elaeocarpus stipularis) | Pertanian | Tiada | Tiada |
Styrax benzoin | kemenyan | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis pokok dalam famili Stryracaceae. Tumbuhan ini biasanya tumbuh dalam hutan tanah pamah hingga hutan bukit. Daunnya jenis ringkas, tersusun berselang, permukaan bawah daun diliputi bulu putih halus. Bunganya kecil berwarna putih. Buahnya berbentuk leper. Kandungan kimia utamanya ialah asid benzoik. Kemenyan juga ialah damar yang terdapat pada batang pokok ini. Damar yang telah keras berwarna perang, kelabu dan hitam. Asid benzoik bersifat antibiotik, antiseptik dan mengawet. Kemenyan dimakan atau asapnya dihidu untuk merawat angin ahmar, pitam selepas bersalin, masalah dalam perut dan usus, buasir, membantu membuang kahak, melawaskan kencing, mewangikan badan dan afrodisiak. Kemenyan ditabur dalam air mendidih kemudian asapnya dihidu untuk merawat selesema, radang peti suara, bronkitis dan masalah pernafasan. Kemenyan juga digunakan secara luaran untuk merawat luka, kudis, bisul, kurap, luka selepas berkhatan, mengatasi masalah kulit kering dan alahan. Air rebusan kulit batang diminum untuk m |
coniferyl alcohol | koniferil alkohol | Herba | Fitokimia | Sebatian yang terhasil daripada degradasi lignin dan ditemui dalam gam benzoin. Koniferil alkohol merupakan sebatian asas dalam biosintesis lignan dan lignin. Dalam sistem biologi, sebatian ini dihasilkan daripada penurunan asid sinamik atau terbitannya. |
kemenyan | kemenyan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Styrax spp. daripada famili Styracaceae. Nama ini berasal daripada nama damar yang dikeluarkan oleh kulit kayunya. Spesies utama kayu ini termasuk Styrax benzoin, S. crotonoides dan S. paralleloneurum. Gubal kayu kemenyan dan teras kayunya dibezakan, dan berwarna coklat muda. Tekstur kayunya halus dengan ira yang lurus dan beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 575 hingga 640 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan berat. Kegunaan utamanya ialah damar kemenyan, yang digunakan untuk pengasapan atau perubatan tradisional. |
resin | resin | Herba | Tiada | Bahan lelehan atau damar yang diperoleh melalui torehan atau penyulingan daripada bahan mentah herba. Resin ini berbentuk pepejal amorf dan terdiri daripada bahan kimia yang kompleks. Apabila dipanaskan resin menjadi lembut dan mencair. Resin tidak larut air, tetapi larut alkohol atau organik. Contohnya, kemenyan ialah resin yang diperoleh daripada torehan kulit batang pokok Styrax benzoin. |
resin | damar | Herba | Botani dan Bioteknologi | Bahan berbentuk cecair likat yang dihasilkan oleh tumbuhan. Warnanya sama ada cerah atau keperang-perangan dan beraroma. Bahan ini merupakan agen pertahanan pokok daripada penyakit dan serangan serangga perosak. Damar biasanya keluar daripada batang pokok apabila terdapat luka akibat ditakik, merekah atau ditebuk oleh serangga. Bahan ini akan mengeras selepas terdedah kepada udara dan warnanya bertukar menjadi perang, kekuning-kuningan atau hitam. Damar digunakan sebagai bahan pelekat, penampal, dan menghasilkan aroma apabila dibakar dan minyak pati. Contoh pokok yang mengeluarkan damar ialah kemenyan (Styrax benzoin), kapur (Dryobalanops aromatica) dan keruing (Dipterocarpus sp.). |