glacier ice | ais glasier | Geologi | Tiada | Ais di glasier atau yang berasal daripada glasier, sama ada berada di daratan atau yang terapung di laut sebagai gunung ais. |
thermal scanner | pengimbas haba | Kesihatan Awam | Tiada | Alat yang digunakan untuk mengesan suhu badan individu sama ada berada dalam keadaan normal atau menunjukkan gejala jangkitan virus, seperti demam. |
unsighted | tidak dapat dilihat | Sukan | Tiada | 1. Tidak dapat dilihat: Keadaan apabila isyarat yang ditunjukkan oleh hakim garis yang membawa makna tiada kepastian tentang kedudukan bulu tangkis, sama ada berada di luar atau di dalam garisan, sewaktu permainan berlangsung. |
basin | lembangan | Kejuruteraan | Petroleum | Bahagian kerak bumi yang melendut (berupa lekukan) yang berada sama ada di bawah atau di atas dari aras laut dan menjadi tempat longgokan sedimen yang diangkut oleh agen-agen angkutan seperti air mengalir, angin dan glasier. Di antara contoh lembangan ialah laut, tasik dan lembah sungai. |
glacier ice | ais glasier | Hidrologi | Tiada | Ais di glasier atau yang berasal dari glasier, sama ada yang berada di daratan atau yang terapung di laut sebagai gunung ais. |
distributed data processing (DDP) | pemprosesan data teragih (DDP) | Teknologi Maklumat | Perisian | Pemprosesan data atau aplikasi pemprosesan data yang dilakukan di lokasi dan komputer yang berbeza yang dihubungkan antara satu sama lain dalam satu sistem rangkaian komputer. Contohnya, tugas tertentu dapat dilaksanakan oleh komputer yang khusus sama ada berada di lokasi yang sama atau lokasi yang jauh. Hal ini bererti susunan komputer yang dirangkaikan dalam DDP memberikan kelebihan keupayaan pemprosesan data dan menyediakan kebolehskalaan yang lebih tinggi merentasi rangkaian yang sedia ada. Susunan ini agak berbeza dengan pengkomputeran terpusat. |
black power | kuasa kulit hitam | Sains Politik | Politik Perbandingan | Slogan yang menjelaskan tentang aspirasi masyarakat kulit hitam keturunan Afrika sama ada yang berada di Afrika atau di luar Afrika berhubung dengan persoalan kemandirian kebangsaan. Slogan ini menghuraikan kesedaran bersama secara positif di kalangan masyarakat berkulit hitam. Slogan ini juga menyeru semua masyarakat kulit hitam ulltuk mewujudkan satu identiti sepunya di kalangan mereka sebagai satu kelompok etnik, menegakkan budaya kulit hitam dan bekerjasama secara kolektif ke arah yang lebih progresif. Dari segi sejarah, slogan ini dipopularkan oleh seorang pejuang kulit hitam di Amerika Syarikat iaitu, Willie Ricks (sekarang lebih popular dengan panggilan Mukasa) di sekitar tahun 1960-an. Beliau merupakan ahli Parti Sosialis Masyarakat Afrika di Amerika Syarikat. Antara tokoh lain ialah Muhammad Ali, Martin Luther King dan Malcolm X. |
syntenic test | ujian sintenik | Biologi | Genetik | Kaedah untuk menentukan sama ada dua gen berada di atas kromosom yang sama dalam genetik sel soma. |
synchronizer | penyegerak | Teknik | Elektrik | Peranti yang menunjukkan bahawa mesin atau alat tertentu berada dalam keadaan segerak. Ada beberapa jenis peranti penyegerak, termasuklah lampu kerdip, meter arus/voltan, dan osiloskop. |
bag discriminator | pengasing karung | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Alat elektronik yang digunakan untuk mengesan sama ada karung mel berada atau tidak di konveyor rantai. |