ecotype | ekotip | Biologi | Genetik | Ras dalam spesies tertentu yang beradaptasi secara genetik terhadap persekitaran tertentu. |
marginal fit | padanan pinggir | Pergigian | Tiada | Kawasan pinggir kaviti yang beradaptasi dengan restorasi. Padanan pinggir yang baik tidak menunjukkan perbezaan peralihan di antara fasa restorasi dengan gigi. |
marginal deficiency | kekurangan pinggir | Pergigian | Tiada | Sifat pinggir restorasi yang tidak beradaptasi dengan baik dengan permukaan kaviti disebabkan kekurangan bahan restorasi. Ini boleh menyebabkan makanan berkumpul di kawasan pinggir tersebut yang seterusnya mengakibatkan kejadian karies berulang. |
eurythermal | euritermal | Biologi | Ekologi | Berkaitan dengan organisma yang dapat bermandiri dan beradaptasi terhadap julat suhu yang besar. |
land-races | ras daratan | Herba | Botani dan Bioteknologi | Varieti tumbuhan yang telah dipulihara sejak zaman dahulu dan telah beradaptasi dalam sesuatu kawasan tertentu. Varieti ini mempunyai ciri istimewa seperti kerintangan terhadap penyakit dan makhluk perosak, toleransi terhadap pH yang rendah atau kandungan garam yang berlebihan dalam tanah. Hasil tuaian varieti ini biasanya rendah berbanding dengan varieti moden. |
climbing fiber | gentian memanjat | Sains Sukan | Biomekanik | Gentian khusus dalam serebelum yang berfungsi untuk membolehkan sistem motor biologi beradaptasi dengan rangsangan sensori baharu bagi membolehkan proses pembelajaran motor. |
first-arriver principle | prinsip yang tiba dulu | Biologi | Genetik | Teori yang mencadangkan bahawa individu yang mula-mula mengkoloni persekitaran baru atau yang beradaptasi dalam nic yang khusus mempunyai kelebihan daripada individu yang datang kemudian semasa pemilihan. prinsip raja gunung. |
Emergency Remote Teaching (ERT) | Pengajaran Berjarak Kecemasan | Pendidikan | Tiada | Kaedah pengajaran di dalam kelas yang dipindahkan ke medium dalam talian dengan mengalihkan modul pembelajaran secara fizikal untuk beradaptasi secara maya. Kaedah ini dilaksanakan dalam tempoh masa yang suntuk disebabkan berlakunya kecemasan seperti penularan wabak, peperangan dan sebagainya yang menjejaskan pengajaran dan pembelajaran. |
ecogeographical divergence | pencapahan ekogeografi | Biologi | Genetik | Evolusi dua atau lebih spesies yang berbeza daripada satu spesies leluhurnya yang sama, apabila setiap spesies baru hidup dalam kawasan geografi berbeza dan beradaptasi dalam habitat masing-masing. |
tidal marsh | rawang pasang surut | Sains Marin | Tiada | Rawa yang mempunyai jumlah kandungan air yang selalu berubah-ubah disebabkan oleh pengaruh pasang surut air laut. Air selalu berganti dalam beberapa waktu mengakibatkan keadaan air menjadi tidak terlalu masin sehingga beberapa spesies fauna dan flora mampu beradaptasi dalam lingkungan ini. |